Ahad, 3 Mei 2020

Syiling 10 Sen Bunga Raya

Maklumat mengenai duit syiling 10 sen Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema.

10 sen

Pada bahagian belakang nilai denominasi 10 SEN di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

10 sen

Pada bahagian hadapannya tertera ukiran permainan tradisional Congkak menjadi rekabentuk utama.

Papan congkak digunakan untuk permainan tradisional masa lapang dirumah di perkampungan Melayu oleh kanak-kanak dengan menggunakan biji guli. Ianya diperbuat daripada kayu dan mempunyai beberapa lubang. Permainan ini mempunyai beberapa peraturan dan dimainkan oleh dua orang. Papan congkak biasanya diletakkan di atas tikar anyaman tradisional yang banyak terdapat di perkampungan Melayu.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.40 mm.
Berat: 2.82 gm.
Ketebalan: 1.37 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

SENARAI DUIT SYILING 10 SEN BUNGA RAYA:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1989 32,391,768
1990 132,982,376
1991 133,293,280
1992 89,919,400
199344,224,232
19947,122,222
1995 82,217,404
1996 77,347,125
1997 78,955,862
1998 1,966,056,746
1999 163,080,000
2000 162,940,000
2001313,422,000
2002 290,451,948
2003 8,640,000
2004 170,640,000
2005 316,800,000
2006 304,560,000
2007237,967,970
2008241,560,000
2009 336,150,800
2010 TIADA DATA
2011 TIADA DATA

Tahun tiada keluaran:
Tiada

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel;Nilai duit syiling 10 sen mengikut tahun