Monday, April 23, 2012

1 sen siri kedua

Pada bahagian belakang denominasi 1 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit. Pada bahagian hadapannya Rebana Ubi menjadi rekabentuk utama. Rebana Ubi adalah sejenis gendang berwarna-warni yang diperbuat daripada kulit tebal berlilitkan rotan dibahagian tepi dan kayu tebak dibahagian bawah. Ia biasanya dipalu secara berkumpulan lima orang di majlis-majlis perkahwinan. Paluan Rebana Ubi juga dilakukan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu.

1 sen

rebana ubi

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.78 mm.
Berat: 1.74 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper Clad Steel.
The Edge: Plain.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-1sen:
1 sen

1 cent

one cent

Tahun dikeluarkan:
1989 -28,429,082 pcs.
1990 -102,539,178 pcs.
1991 -100,314,734 pcs.
1992 -122,824,434 pcs.
1993 -153,805,875 pcs.
1994 -185,084,682 pcs.
1995 -208,611,295 pcs.
1996 -183,272,598 pcs.
1997 -172,215,681 pcs.
1998 - 1,917,633,834 pcs.
1999 - 265,502,565 pcs.
2000 - 268,762,170 pcs.
2001 - 185,220,000 pcs.
2002 - 185,220,000 pcs.
2003 - 235,350,000 pcs.
2004 - 227,700,000 pcs.
2005 - 437,400,000 pcs.
2006 - 328,050,000 pcs.
2007 - 144,450,000 pcs.

Tahun tiada keluaran:
tiada.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di post saya; Nilai duit syiling 1 sen mengikut tahun.