Saturday, June 30, 2018

Jualan Wang Peringatan 30 Jun 2018

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengadakan jualan wang peringatan untuk 3 jenis Wang peringatan; RM60 60 Merdeka, coincard Agong XV dan coincard arkib negara. Jualan ini adalah daripada tempahan sevelum ini yang tidak habis diambil oleh pembeli wang peringatan.

Jualan Wang

Orang ramai sudah mula beratur seawal jam 2.00 pagi diluar bangunan Sasana Kijang dengan ada yang menjadi tukang pemberi tiket tidak rasmi untuk mereka yang beratur di awal pagi.

Pada jam 3.00 pagi, sudah ada lebih dari 250 nombor diedarkan oleh pemberi tiket tidak rasmi.

Pada jam 7.30 pagi, sudah ada lebih daripada 700 orang yang beratur dihadapan bangunan Sasana Kijang dan pada jam 9.30 pagi, ada lebih daripada 1,100 orang beratur.

Nombor mula diedarkan lebih kurang jam 9.00 pagi dan sesiapa yang telah mendapat nombor boleh beratur semula untuk mendapatkan lagi nombor giliran. Setelah nombor diberikan, tangan anda akan dicop. Tidak pula kami tahu apa tujuan tangan dicop kerana sudah dicop tangan pun anda masih lagi dibolehkan untuk beratur semula mengambil nombor giliran yang lain. Mungkin kakitangan BNM yang mencadangkan tangan pelanggan dicop ini pernah bekerja di mana-mana Taman Tema atau Zoo.

Tangan dicop

Kebanyakkan yang beratur adalah macai-macai penjual duit lama serta penjual duit lama itu sendiri, daripada 18 orang mungkin hanya ada 1 collector terselit antara macai-macai penjual duit lama.

Di kawasan tempat letak kereta diluar berdekatan dengan Memorial Tun Hussein Onn dipenuhi dengan kereta orang ramai yang datang.

Seperti yang kami tulis sebelum ini, tempat letak kereta di Sasana Kijang adalah percuma untuk Sabtu dan Ahad. Kawasan diluar jalan utama dan ditepi Sasana Kijang pada kebiasaannya akan ditunda atau disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Walau pun pada hari Sabtu dan Ahad.

Pelanggan mula dibenarkan masuk untuk membeli wang peringatan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 11.00 pagi ada lebih kurang 1,300 nombor giliran diedarkan. Jika hendak dikira jumlah orang pada waktu itu tidak sampai 1,000 orang yang ada, nombor-nombor yang lain itu kebanyakkannya adalah mereka yang beratur kali kedua dan kali ketiga.

Jualan di adakan di Dewan Persidangan 1, berdekatan dengan auditorium. Cara jualan adalah lebih kurang sama dengan Hari Jualan 3 Wang Peringatan 2017.

wang peringatan

Setiap orang hanya boleh membeli maksimum:
  • 5 keping RM60 wang kertas peringatan 60 tahun merdeka
  • 1 keping Coincard Agong XV
  • 1 keping Coincard Arkib

Pada jam 12.15 tengahari, nombor baru 260 untuk 2 jam masa yang berjalan. Sesiapa yang ada common sense pasti tahu cara jualan yang digunakan pada hari ini tidak mungkin akan selesai untuk 1,500 nombor.

Masalah Hari Jualan
  • Nombor-nombor akan dipanggil mengikut giliran, mereka yang dipanggil nombornya akan dibenarkan masuk kedalam Dewan Persidangan untuk menunggu dipanggil membayar dan mengambil wang peringatan masing-masing. Mungkin BNM ingin memberikan keselesaan kepada pelanggan tetapi adakah cara ini efisen?
  • Siapa yang mempunyai nombor dihadapan boleh mengambil untuk rakan-rakan mereka sekaligus. Bayangkan mereka yang mempunyai nombor 100 boleh membeli wang peringatan untuk rakan-rakan mereka yang mempunyai nombor 101, 102, 103, 1000, 1003, 1004 dan 1005 (sebagai contoh). Berapa banyak masa yang dihabiskan untuk nombor-nombor yang bukan 100?
  • Kaunter bayaran yang dibuka hanya ada 3 kaunter sahaja, adakah BNM membuat pengiraan satu kaunter ini boleh menyelasaikan satu-satu transaksi jualan itu pada tempoh berapa minit? Kami ada membuat teguran sebelum ini, masalah jualan menjadi lambat adalah kerana kaunter bayaran yang kurang; Hari Jualan 3 Wang Peringatan 2017. Namun, mungkin BNM ada masalah lain untuk menambah kaunter.
  • Dalam keadaan orang ramai dan tangan telah dicop, adakah wajar pelanggan dibenarkan untuk beratur semula? 

Lebih kurang jam 2.00 petang, Pengarah Pengurusan dan Operasi Matawang, Thomas Tan Koon Peng mengumumkan No. 801 sehingga No. 1500 jualan akan dibuat pada 7 Julai 2018, 10am sehingga 4pm. Mereka yang mempunyai nombor-nombor tersebut diminta untuk pulang dan datang pada 7 Julai 2018.

Sampah

Satu perkara yang masih lagi tidak berubah dikalangan rakyat Malaysia, adalah sikap membuang atau meninggalkan sampah merata-rata. Mungkin BNM perlu menyediakan tong sampah besar setiap kali ada jualan wang peringatan?

Anda ada pandangan atau pendapat lain?