Monday, June 25, 2018

Jualan Wang Peringatan di Sasana Sabtu ini

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan mengenai jualan wang peringatan yang akan di adakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada hari Sabtu (30 Jun 2018). Jualan akan dimulakan pada jam 10.00 pagi di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur sahaja.

Wang Peringatan

Mengikut pengumuman rasmi tersebut, hanya wang peringatan berikut akan dijual:

Namun, tidak ada dinyatakan jumlah, harga jualan dan kaedah jualan untuk hari tersebut. Di era Malaysia Baru tanpa gst (gst 0%) ini tidak dapat dipastikan berapakah harga jualan wang peringatan tersebut oleh BNM. Adakah masih sama atau kurang 6%.

Harga jualan sebelum ini untuk wang peringatan tersebut:
  • RM60 wang kertas peringatan 60 tahun merdeka - RM120 sekeping (RM113.20 tanpa gst)
  • Coincard Agong XV - RM11 sekeping (RM10.40 tanpa gst)
  • Coincard Arkib - RM10.60 sekeping (RM10 tanpa gst)


Difahamkan, ianya adalah baki daripada wang peringatan yang tidak di ambil oleh collector yang membuat undian sebelum ini.

Kepada mereka yang masih lagi belum memiliki wang peringatan tersebut, adalah disarankan untuk pergi ke Sasana Kijang Sabtu ini.