Saturday, February 24, 2018

Hari Jualan 3 Wang Peringatan 2017

Hari ini, kami telah selesai mengambil 3 Wang Peringatan yang telah ditempah pada 29 Disember 2017 lalu di Sasana Kijang. Wang Peringatan yang dimenangi sudah boleh mula di ambil sejak 25 Januari 2018, rujuk artikel sebelum ini Keputusan tempahan 3 wang peringatan di duit.bnm.gov.my.

bank negara

Untuk pengambilan pertama, Wang Kertas Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Syiling Peringatan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia dibenarkan untuk diambil bermula dari 25 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018.

Untuk Hari Jualan di Sasana Kijang kali ini, tidak dibenarkan mengambil gambar suasana jualan. Walau bagaimana pun, kami melihat masih ada juga 2-3 orang yang mengambil gambar semasa jualan di adakan. Pengawal Keselamatan hanya melihat mungkin tidak mahu timbul sebarang ensiden yang tidak di ingini.

Kepada anda yang belum pernah mengalami suasana hari Jualan Syiling Peringatan BNM, anda boleh mebaca artikel kami sebelum ini untuk gambaran yang lebih jelas; Hari Jualan Syiling Sukan SEA 2017.

Semasa mengambil Wang Peringatan pada 27 Januari 2018, Orang sangat ramai, tempoh menunggu sehingga 1 jam 10 minit, barulah dapat masuk mengambil wang peringatan. Di kawasan tempat letak kereta diluar, dipenuhi dengan kereta orang ramai yang datang.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya tempat letak kereta di Sasana Kijang adalah percuma untuk Sabtu dan Ahad. Kawasan diluar jalan utama dan ditepi Sasana Kijang pada kebiasaannya akan ditunda atau disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Walau pun pada hari Sabtu dan Ahad.

Jika anda tidak biasa, boleh bertanya kepada pengawal keselamatan bagaimana hendak masuk ke tempat letak kereta Sasana Kijang. Tadi, tempat letak kereta lengang walaupun tempat jualan dipenuhi orang ramai.

Semasa masuk ke tempat Jualan, kad pengenalan/Passport anda akan dibuat salinan dan nombor giliran untuk hari tersebut akan ditulis pada kertas salinan kad pengenalan tersebut. Sebaik sahaja nombor anda dipanggil, pegawai BNM akan menyemak nombor kad pengenalan anda jika anda berjaya atau tidak dan mencetak keputusan undian tersebut. Setiap syiling yang anda akan ambil ditanda dan cop diturunkan pada kertas keputusan undian tersebut. Selepas itu, barulah dibenarkan untuk berbaris menunggu giliran mengambil wang peringatan anda.

Anda akan dipanggil sebaik kaunter pembayaran kosong, pembayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau kad kredit. Selepas membuat bayaran, anda dibenarkan untuk mengambil wang peringatan anda.

Untuk kali ini, kebanyakkan kakitangan BNM yang memegang wang kertas dan juga syiling peringatan memakai sarung tangan getah. Selepas selesai mengambil, anda dibenarkan untuk memeriksa wang peringatan anda dikaunter bersebelahan dengan kaunter pengambilan. Perlu periksa wang kertas anda jika ada sebarang bucu yang rosak atau ada kesan lipatan pada wang kertas dan juga jika syiling peringatan ada kesan calar.

Masa untuk membayar sehingga mengambil wang peringatan tidak sampai 10 minit.

Banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh BNM untuk jualan kali ini, kakitangan BNM juga kebanyakkannya mesra pelanggan.

Mungkin dimasa akan datang untuk hari Sabtu dan Ahad, kaunter pembayaran dan kaunter pengambilan ditambah untuk menampung jumlah pembeli yang ramai. Kaunter nombor giliran dan juga kaunter pengesahan undian wang peringatan boleh dibuat diluar, hanya mereka yang memenangi wang peringatan dibenarkan masuk. kaunter pengesahan undian wang peringatan tersebut lebih baik dijadikan kaunter pembayaran, dengan ini jumlah kaunter pembayaran dan kaunter pengambilan boleh ditambah untuk mengelakkan kesesakan.


Untuk Syiling Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XV, kami berpeluang untuk mengambil syiling yang dimenangi pada 24 Februari 2018. Kali ini, masa menunggu tidak terlalu lama. Daripada waktu kami sampai di Sasana Kijang sehingga selesai, masa yang diambil tidak sampai 30 minit. Mungkin sebab kami sampai agak awal (10.04am) tetapi terdapat juga beberapa perubahan yang dilakukan oleh BNM.

Kaunter pembayaran dan juga kaunter pengambilan ditambah lebih banyak daripada sebelum ini. Namun, kaunter untuk memeriksa syiling masih satu, ianya tidakditambah mungkin kerana ia tidak menjejaskan masa pengambilan wang peringatan.

Kaunter angka giliran juga sudah ada skrin nombor yang memeudahkan pelanggan melihat nombor yang dipanggil. Sewaktu berada disana, ada nombor yang dipanggil tidak ada dan selepas 3 kali nombor dipanggil, ia akan ditukar dengan nombor lain jika pemegang nombor tersebut tidak datang ke kaunter. Kemungkinan ramai yang beranggapan masa menunggu seperti sebelum ini, lebih daripada sejam.

Namun, kami melihat masaih ada kakitangan yang kurang cermat ketika mengendalikan syiling dan ada yang tidak memakai sarung tangan seperti sebelum ini. Perkara itu nampak remeh tetapi sedikit kesilapan akan merosakkan syiling peringatan yang dibeli pelanggan.

Masa pengambilan yang pendek juga mungkin disebabkan oleh hanya satu jenis wang peringatan sahaja yang diambil orang ramai kali ini.

Walau bagaimana pun, usaha BNM untuk mempercepatkan dan memperbaiki proses pengambilan wang peringatan sewajarnya dipuji.

Jangan lupa untuk mengambil wang peringatan anda sebelum 28 Februari, selepas ini ianya akan diberikan kepada penama disenarai menunggu.