Selasa, 26 Disember 2017

Kejutan terbesar dari BNM tahun 2017

Tahun 2017 menyaksikan beberapa kejutan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada numismatik Malaysia. Dengan Gabenor BNM yang lebih mesra numismatik, ditambah lagi dengan Pengurusan Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang BNM yang baru, pelbagai pembaharuan kepada cara jualan koleksi numismatik BNM di adakan.

Kepada mereka yang masih belum tahu, jualan koleksi numismatik BNM diuruskan oleh Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang BNM.

BNM tahun 2017

Kaedah Baru Jualan Syiling
Buat pertama kalinya, Sistem Balloting untuk syiling peringatan 100 tahun Industri Kelapa Sawit di adakan oleh BNM. Jika menurut sistem yang dicadangkan untuk dibuat, pembeli syiling peringatan perlu berada di tempat pembelian dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Pada 9 Ogos (hari jualan), pengundian awam tidak dijalankan di Sasana Kijang, semua pembeli boleh mengambil duit syiling yang ditempah pada jam 12 tengahari. Seatakat maklumat yang diterima, pengundian awam ada dijalankan di Pulau Pinang.

Selepas itu, BNM memperkenalkan pula Jualan Syiling melalui e-mel atau borang untuk Syiling Sukan SEA 2017. Tempahan boleh dibuat mulai 29 Ogos 2017 dan ianya mula ditutup pada 5 September 2017 pukul 1.00 tengah hari. Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling mereka mulai 8 hingga 12 September 2017 (setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum).

BNM juga mengambil sikap lebih terbuka dengan memaparkan keputusan tempahan syiling Sukan SEA 2017. Keputusan yang dipaparkan tersebut sedikit sebanyak mengurangkan keraguan para collector mengenai jumlah agihan syiling peringatan di setiap tempat jualan BNM dan juga jumlah syiling yang dijual oleh BNM. Sebelum ini, jumlah jualan syiling yang diperolehi oleh collector adalah daripada cakap-cakap para collector sahaja bukan keputusan rasmi dari BNM sendiri.

Selepas jualan Syiling peringatan Sukan SEA 2017 selesai, tidak ada khabar berita rasmi daripada BNM mengenai jualan wang kertas peringatan 60 tahun merdeka dan juga syiling peringatan pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-15.

Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara
Sehinggalah pada 4 Disember 2017, duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Arkib Negara Malaysia dilancarkan. Syiling 60 Tahun Arkib Negara itu mengikut kenyataan akhbar BNM akan dijual melalui kemudahan tempahan dalam talian yang baharu. Tidak ada dinyatakan tarikh jualan untuk syiling tersebut.


10 hari selepas itu, BNM mengeluarkan kenyataan akhbar untuk:
Berita mengenai Syiling dan Wang kertas tersebut mengejutkan para collector, terutamanya daripada segi harga yang di anggap oleh kebanyakkan collector sebagai terlalu mahal. Selain daripada Wang kertas bersaiz besar, buat pertama kalinya juga BNM mengeluarkan syiling perak bersaiz besar.

Isu Syiling Agong XV
Isu utama untuk syiling peringatan ini adalah kenapa BNM mengubah saiz untuk syiling peringatan perak? Jika sebelum ini, saiz syiling perak adalah dalam lingkungan 40.7mm (diameter) serta berat 31.1gm, kenapa saiznya secara tiba-tiba diubah kepada 50mm (diameter) serta berat 92gm. Saiz sebegini sepatutnya lebih baik dijadikan sebagai salah satu pilihan jenis syiling yang boleh dibeli.

Isu kedua pula adalah keluaran syiling perak dengan kualiti Proof like. Bagi kebanyakkan collector, ini adalah downgrade daripada kualiti syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM sebelum ini.

Isu ketiga adalah harga duit syiling yang diluar kemampuan kebanyakan collector untuk syiling peringatan perak. RM1,000 adalah suatu jumlah yang besar untuk kebanyakkan collector.

Selain itu, jumlah tempaan (mintage) untuk syiling emas sebanyak 300 keping juga adalah tinggi tetapi ianya akan dijual melalui lelongan awam dan tidak dapat dipastikan berapa banyak yang akan dijual kelak.

Isu Wang Kertas RM600
Isu utama sudah pasti adalah harganya yang agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan nilai muka wang kertas peringatan 60 tahun merdeka itu sendiri, hampir 3 kali ganda beza nilai muka dengan harga jualan BNM.

Isu kedua sudah semestinya rekabentuk wang kertas peringatan yang tidak menarik; ruang kosong yang banyak pada permukaan depan dan belakang serta warna yang tidak menarik jika hendak dibandingkan dengan wang kertas peringatan komanwel 1998.

Selain itu, jumlah keluaran yang agak banyak juga adalah isu besar bagi kebanyakkan investor. 6,000 keping untuk wang kertas yang dijual pada harga premium sudah pastilah akan mengundang 1001 persoalan. Adakah ianya mampu memberikan pulangan yang lumayan dikemudian hari?

Wang kertas berdenominasi RM60 pula mempunyai jumlah cetakan 60,000 keping. Jauh beza daripada jumlah cetakan untuk wang kertas 50 tahun merdeka yang dicetak sebanyak 20,000 keping.

Timbul juga persoalan, untuk wang kertas bersaiz besar (Dimensi:  370mm x 220mm) tersebut, adakah ianya didatangkan dengan folder khas yang boleh menjaga kualiti wang kertas tersebut atau hanya didatangkan didalam sampul surat tebal?

Jika kesemua wang kertas peringatan 60 tahun perjanjian kemerdekaan itu berjaya dijual, nilai jualannya boleh mencecah sehingga 20 juta Ringgit.

Jualan Hujung Tahun
Kali ini BNM mengadakan jualan dihujung tahun, dimana kebanyakkan collector sibuk menyediakan barang-barang keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka. Oleh yang demikian, ada yang kemungkinan besar tidak mampu untuk membeli koleksi peringatan BNM untuk kali ini.

Apa yang dikesalkan oleh para collector, koleksi Wang Kertas dan Syiling Pertabalan Agong ini sudah ditunggu-tunggu sejak tahun 2016 lagi. Pasti ada yang kecewa kerana tidak mampu membelinya setelah BNM menjualnya pada harga yang agak tinggi.