Ahad, 30 Oktober 2016

Pre-order syiling peringatan 2017

Anda nak buat Pre-order (pesanan awal) untuk syiling peringatan 2017? Artikel ini mungkin memberikan khabar gembira buat rakan-rakan yang tinggal jauh daripada cawangan Bank Negara Malaysia (BNM). Kami beritahu anda awal supaya anda boleh bersedia dengan apa-apa yang perlu mengenai khabar angin terbaru ini.

syiling peringatan 2017

Ada khabar angin mengatakan, Bank Negara Malaysia akan melaksanakan sistem pre-order untuk syiling peringatan bermula pada tahun 2017. Kami tidak pasti kesahihan cerita tersebut tetapi ianya sudah pasti khabar gembira dan juga mungkin khabar tak gembira buat sesetengah orang.

Jika anda masih ingat, salah seorang rakan collector pernah memberikan cadangan yang serupa mengenai perkara ini didalam artikel yang kami kongsi sebelum ini; BNM harus ubah cara jual syiling peringatan.

Khabar angin yang kami dengar, sistem yang diguna pakai hampir sama dengan sistem yang sedang digunakan untuk pre-order syiling peringatan kepada kakitangan BNM. Kepada yang tidak tahu, setiap kakitangan BNM dibenarkan untuk membuat pesanan kepada syiling peringatan terbaru. BNM kemudiannya akan membuat undian siapakah yang bertuah untuk mendapatkan syiling tersebut. Pada kebiasaannya, sesiapa yang tidak berjaya didalam undian sebelumnya, akan mendapat syiling terbaru tersebut. Setiap orang hanya boleh mebuat pesanan untuk satu set syiling sahaja.

Jika anda berjaya didalam undian tersebut, anda hanya perlu datang ke cawangan Bank Negara Malaysia yang terdekat dengan anda mengikut tarikh serta masa yang ditetapkan untuk membayar dan mengambil syiling peringatan anda.

Tidak ada maklumat khabar angin, sama ada BNM boleh menghantar duit syiling peringatan melalui pos. Namun, pada pendapat kami, jika BNM boleh melantik agen yang boleh membantu menghantar pesanan melalui pos, ianya sudah pasti membantu para collector yang berada jauh daripada cawangan Bank Negara Malaysia.

Pada pendapat kami, ini adalah salah satu langkah baik yang dibuat oleh BNM kerana collector tidak perlu bersengkang mata berbaris di cawangan Bank Negara Malaysia. Berbaris tengah malam di tempat terbuka seperti itu, sudah pasti mengundang bahaya kerana penjenayah pastinya tahu yang mereka yang berbaris itu membawa wang untuk membeli syiling peringatan.

Itu belum termasuk risiko di halau dari berteduh di bangunan BNM seperti Sasana Kijang ketika subuh pagi yang sejuk. Dihalau, tak ubah seperti pengemis yang meminta sedekah di tepi jalan.

Setiap perkara yang baik itu pasti ada keburukannya juga. Antaranya, collector ada kemungkinan tidak mendapat setiap keluaran duit syiling jika mengikut sistem undian ini.

Sudah pasti juga ada orang yang akan menyalahgunakan sistem ini untuk mendapatkan keuntungan seperti membuat pendaftaran dengan menggunakan identiti yang berbeza (isteri, anak, makcik, pakcik dll).

Seperti yang kami tulis sebelum ini didalam artikel; keburukan jualan syiling online, kami berharap BNM telah mengambil kira kepentingan collector-collector tegar duit syiling peringatan Malaysia sebelum membuat keputusan.

Untuk peringatan, ini hanya khabar angin sahaja.

Pendapat anda bagaimana?