Friday, August 25, 2017

Jualan Syiling Sukan SEA 2017 melalui e-mel atau borang

Terima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendengar rintihan pengumpul duit syiling peringatan. Hari ini, BNM mengeluarkan kenyataan Jualan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Sukan Asia Tenggara ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 akan dibuat melalui tempahan melalui e-mel atau mengisi borang tempahan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia.

Sukan SEA

Pada 16 Ogos 2017, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan Sukan SEA 2017. Duit syiling peringatan ini terdiri daripada duit syiling perak berwarna pruf, duit syiling peringatan emas Nordic serta set duit syiling dua dalam satu.

Didalam kenyataan akhbarnya hari ini, BNM menyatakan keputusan dibuat berdasarkan maklum balas orang ramai dan bagi memastikan peluang yang sama untuk semua orang membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak dan tiga duit syiling emas Nordic bagi setiap pembeli).

Untuk memudahkan pembelian duit syiling peringatan ini, orang ramai boleh membuat tempahan melalui e-mel kepada commorder@bnm.gov.my atau melalui borang tempahan yang boleh didapati di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

tempahan syiling

Bagi tempahan melalui e-mel, salin dan tampal (copy and paste) semua ruangan yang berikut dan e-melkan kepada commorder@bnm.gov.my.

Nama (seperti dalam MyKad/Pasport): _______________________
No. MyKad/Pasport : _______________________
No. Telefon : _______________________
E-mel : _______________________

Set Dua dalam Satu (terhad 1 set) : ___
Perak Berwarna (terhad 1 keping duit syiling) : ___
Emas Nordic (terhad 3 keping duit syiling) : ___

Lokasi Pengambilan : _______________________
(Pilih SATU lokasi: Muzium dan Galeri Seni, KL / BNM Pulau Pinang
/ BNM Johor Bahru / BNM Kota Kinabalu / BNM Kuching / BNM
Kuala Terengganu)


Tempahan boleh dibuat mulai 29 Ogos 2017 dan ianya mula ditutup pada 5 September 2017 pukul 1.00 tengah hari.

Pengumuman Keputusan Tempahan
Sekiranya duit syiling ini mendapat tempahan yang melebihi kuantiti jualannya, tempahan akan melalui proses pengundian. Keputusan tempahan atau pengundian akan diumumkan pada 8 September 2017 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia serta pejabat Bank Negara Malaysia di seluruh negara.

Pembayaran dan Pengambilan
Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling mereka mulai 8 hingga 12 September 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum), dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa). Pembeli perlu hadir sendiri dan menunjukkan bukti pengenalan diri yang sah (cth. MyKad/Pasport) untuk mengambil duit syiling tersebut .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) atau bnmtelelink@bnm.gov.my.