Jumaat, 22 September 2017

Pertandingan mereka syiling 2017, apa dah jadi?

Pada 11 November 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengumumkan mengenai Pertandingan Mereka Duit Syiling Peringatan 2017. Pertandingan tersebut bermula daripada 17 November 2016 sehingga 22 Disember 2016. Setelah 2 duit syiling peringatan telah dikeluarkan untuk 2017, tiada pengumuman mengenai pemenang pertandingan tersebut.

syiling 2017

Jika hendak dibandingkan dengan tahun 2016, Bank Negara ada mengumumkan mengenai pemenang pertandingan rekaan duit syiling peringatan 2016. Untuk rekod, tahun 2016 menyaksikan BNM hanya membuka penyertaan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Untuk tahun 2017, BNM membuka pertandingan tersebut kepada pelajar universiti dan para pereka dalam negara.

Khabar angin mengatakan dua syiling yang telah dikeluarkan pada tahun ini adalah antara syiling-syiling yang dikatakan ada di bincangkan didalam sesi taklimat yang di adakan pada 16 dan 17 November 2016 di Lanai Kijang, Kuala Lumpur.

Untuk syiling peringatan Sukan SEA 2017,laporan Bernama pada 16 Ogos 2017 menyebut, syiling ini adalah hasil rekaan Cik Nurul Iman Azwan, kakitangan Bank Negara Malaysia.

Setakat ini, tidak ada rekod sahih berkenaan siapa Pereka Syiling untuk 100 tahun Industri Kelapa Sawit diterima oleh pihak kami.

Untuk tahun 2016, 3 reka bentuk syiling dijadikan pertandingkan oleh BNM dan ketiga-tiga pemenang telah diumumkan.

Untuk tahun 2017, 3 reka bentuk syiling dijadikan pertandingkan oleh BNM, 2 syiling peringatan telah dikeluarkan untuk tahun 2017, tidak ada lagi diumumkan mengenai pemenang pertandingan mereka duit syiling. Mungkinkah BNM akan keluarkan 5 syiling seperti tahun 2016?

Untuk tahun 2016 juga menyaksikan ketiga-tiga syiling peringatan tersebut kurang digemari oleh para collector kerana rekabentuknya yang agak simple dan kurang menarik.

Pada tahun 2017 setakat ini menyaksikan rekaan syiling peringatan copy paste rekaan berwarna pada syiling peringatan perak.

Kenapakah BNM tidak mengeluarkan rekaan seperti Syiling Masjid Negara atau Syiling Ping Pong, hanya pereka syiling BNM sahaja yang tahu jawapannya.

Apa dah jadi dengan pertandingan rekaan duit syiling peringatan 2017?