Monday, September 7, 2015

Tak kenal maka tak cinta

Bagi bukan collector, macam-macam khabar angin yang mengatakan syiling lama yang mereka ada sangat-sangat berharga. Syiling 1 sen Malaya lama ini umpamanya dikatakan boleh dijual sehingga RM15,000 sekeping kerana amat sukar untuk ditemui buat masa ini.

1 sen Malaya

Kalau nasib anda bagus, lihatlah sendiri di Facebook page Malaysia coin yang ada berkongsi gambar syiling ini, mungkin ada individu yang turut menyuarakan yang dia ada juga syiling seperti ini dan ingin menjualnya.

Kalau nasib anda lebih bagus, mungkin ada yang sanggup menawarkan separuh harga dari yang ditulis di atas, siap dengan tawaran "komisen" kepada individu yang boleh membantu menjual syiling tersebut.

Itulah, peribahasa ada mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Tak tahu, tak suka membaca dan tak mahu bertanya maka terjebaklah menjadi golongan mat jenin seperti ini. Maaflah kalau saya katakan orang seperti ini mat jenin dan ada di antara anda yang terasa.

Bagi pengumpul duit lama sejati, harga duit lama bukan menjadi perkara utama.

Jika anda mengumpul duit lama dan anda amat pentingkan harga duit lama koleksi yang anda ada setiap tahun, anda buatlah penilaian ke atas diri anda sendiri, adakah anda seorang pengumpul duit lama atau sekadar membeli untuk pelaburan sahaja?

Buku rujukan adalah amat penting kepada pengumpul duit lama, sebab itu disyorkan beli ilmu (buku) terlebih dahulu barulah beli koleksi anda, beli buku dan baca, jangan setakat beli dan simpan jadikan koleksi perpustakaan sahaja.

Syiling yang dikongsi didalam gambar itu ada lebih kurang 50juta keping, takkanlah harganya menjadi mahal sehingga beribu-ribu ringgit.

Begitulah juga dengan syiling 50 sen berparit.

Berhentilah mendengar khabar angin dan mulalah belajar membaca ilmu mengenai numismatik, supaya anda lebih kenal dan cintakan hobi ini.

Kepada bukan collector, kebanyakkan dari soalan-soalan anda sebenarnya telah kami jawab didalam artikel ini; Soalan-soalan Lazim mengenai syiling di Malaysiancoin.com.

Kepada yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini, kami ada berkongsi tips untuk memudahkan anda belajar serba sedikit mengenai hobi ini; panduan untuk pengumpul duit lama.