Khamis, 10 September 2015

10 Kegunaan lain syiling anda mungkin tak tahu

Selain daripada digunakan untuk perbelanjaan harian dan juga disimpan oleh pengumpul duit lama, syiling juga boleh digunakan sebagai peralatan untuk kehidupan seharian kita. Selain untuk memeriksa bunga tayar, ada banyak lagi kegunaan lain syiling dalam kehidupan yang anda mungkin tak pernah tahu.

syiling

Sebelum anda berniat untuk menggunakan sebarang syiling sepertimana didalam artikel ini, disyorkan untuk anda memeriksa dahulu syiling tersebut:

i. Periksa sama ada syiling itu adalah duit syiling rare ataupun tidak, jika ianya rare, lebih baik jangan guna kecuali untuk kes-kes kecemasan.
ii. Lebih baik jangan guna jika syiling itu masih cantik, tiada calar dan masih berkilat (UNC) kerana ianya lebih bernilai untuk disimpan.
iii. Periksa dahulu sama ada nilai logam syiling itu lebih tinggi dari nilai mukanya.

Anda dinasihatkan hanya menggunakan syiling apabila tiada peralatan yang sepatutnya.

10 Kegunaan lain syiling dalam kehidupan seharian:

1. Memeriksa bunga tayar anda dengan menggunakan syiling 20 sen
Anda hanya perlu letakkan syiling 20 sen di antara jalur atau lubang bunga tayar kereta anda, jika anda tidak dapat membaca perkataan "SEN", bermakna bunga tayar dalam keadaan baik. Jika anda sudah mula dapat membaca perkataan "SEN" bermakna sudah tiba masanya untuk menukar tayar anda.

2. Pemutar skru
Jika anda perlu membuka skru berlubang alur, syiling yang boleh dimasukkan ke dalam lubang alur itu boleh digunakan untuk membuka skru tersebut. Namun, agak sukar untuk membuka skru yang agak ketat.

3. Memulihkan karpet yang ditekan perabot
Akibat terlalu lama meletakkan perabot diatas karpet akan membuatkan bulu karpet itu terbenam. Cara paling mudah untuk menaikkan semula bulunya adalah dengan menggunakan tepi duit syiling, gosok tepi duit syiling sehingga karpet kembali kepada keadaan asal.

4. Mengores tiket letak kereta
Kepada negeri-negeri yang masih lagi menggunakan tiket letak kereta seperti di Sabah, Melaka dan Selangor, syiling juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengores tiket letak kereta.

5. Pembuka tin
Rasanya dah kurang barang-barang makanan diletakkan didalam tin tetapi jika anda beli minuman serbuk coklat malt, Susu bayi dan sebagainya, masih ada lagi yang dijual didalam tin. Syiling juga boleh digunakan untuk membuka tin.

6. Penyendal pintu
Jika anda kreatif, buat bakul atau beg kain yang cantik dan letakkan syiling didalamnya. Kemudian, letakkan beg kain yang mengandungi syiling itu dibelakang pintu untuk mengelakkan pintu terhantuk pada dinding apabila dibuka.

7. Dijadikan sebagai hiasan dalaman untuk rumah anda
Syiling 1 sen yang mungkin tidak lagi digunakan oleh anda, boleh juga digunakan untuk dijadikan sebagai hiasan dalaman untuk rumah anda.

8. Membuka penutup air bateri
Jika penutup air bateri anda mempunyai skru berlubang alur, syiling juga boleh digunakan untuk membuka skru tersebut.

9. Membetulkan kerusi atau meja yang bergoyang-goyang
Adakalanya, ketika kita baru sampai kedai mamak untuk menonton bolasepak, kita mungkin hanya dapat kerusi atau meja yang bergoyang-goyang. Nak minta kerusi lain, Restoran tu dah Full-House, nak minta kertas suratkhabar, mesti semua sibuk mengambil pesanan. Cara paling cepat dan mudah, gunakan je lar syiling yang ada, letakkan di kaki meja yang tidak stabil tersebut.

10. Kepala atau ekor (Head or tail)?
Duit syiling juga seringkali digunakan untuk menentukan pasukan mana yang akan berada disebelah kiri atau kanan padang/ gelanggang. Pengadil juga turut menggunakan syiling untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan perlawanan.


Anda ada lagi kegunaan lain syiling kami mungkin tak tahu? Sila kongsikannya disini!