Sabtu, 5 September 2015

Syiling Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980

Duit Syiling Peringatan sempena Rancangan Malaysia ke-3 (RMK-3) telah dilancarkan pada 13 Disember 1976. Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Hussein Onn menghadiahkan satu set duit syiling peruf RMK3 kepada Tun Hajjah Rahah dan Datuk Najib di kediaman mereka di Kuala Lumpur.

Syiling itu mula dijual diseluruh cawangan bank Negara Malaysia pada 15 Disember 1976.

Untuk pengetahuan anda juga, syiling ini adalah syiling pertama di dunia yang dikeluarkan dalam bentuk segi 14. Ini dibuat untuk memberi penghormatan kepada 13 negeri dan wilayah persekutuan yang membentuk Malaysia.

syiling RMK3

Muka depan syiling memaparkan potrait Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia yang dikelilingi oleh 13 bendera negeri dan bendera Malaysia; Johor, Kedah, Pahang, Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sarawak serta bendera Malaysia.

1 ringgit rmk3

Muka belakang syiling pula memaparkan Jata Negara Malaysia serta nilai muka syiling dan perkataan " RANCANGAN MALAYSIA KETIGA 1976-1980".

Kesemua duit syiling ini telah ditempa oleh Franklin Mint, USA.

Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein telah meninggal dunia di London pada 14 January 1976 iaitu kira-kira jam 6.30 petang waktu Malaysia ketika beliau sedang mendapatkan rawatan penyakit 'acute leukemia'. Beliau terkenal dengan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum pada tahun 1969. Jenazah Allahyarham diterbangkan dari London dan disembahyangkan di Masjid Negara sebelum disemadikan di Makam Pahlawan.

Maklumat-maklumat didalam blog dan buku yang mengatakan syiling ini dilancarkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak mungkin tidak tepat kerana beliau telah meninggal dunia pada bulan Januari 1976 tetapi syiling ini hanya mula dijual pada bulan Disember 1976.

Tun Hajjah Rahah

Menurut maklumat yang kami dapat daripada Jabatan Penerangan, pada 13 Disember 1976, Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn menghadiahkan satu set duit Syiling Peruf kepada Tun Hajjah Rahah (Isteri Allahyarham Tun Haji Abdul Razak) di Kediamannya, Kuala Lumpur.


Syiling $1 ringgit Cupro Nickel Rancangan Malaysia Ke 3
1 Ringgit Tun Abdul Razak

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1976
Nilai Muka: 1 ringgit
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 34.00mm
Tempaan (Mintage): peruf-17,300 keping; bukan pruf-1,000,000.
Ketebalan: 2.60mm
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Nilai duit syiling 1 ringgit)


Syiling $10 ringgit perak Rancangan Malaysia Ke 3
10 Ringgit Perak

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1976
Nilai Muka: 10 ringgit
Komposisi: .925 perak
Berat: 10.44g
Diameter: 28.00mm
Tempaan (Mintage): peruf-10,300 keping; bukan pruf-200,000.
Ketebalan: 2.30mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling $200 ringgit emas Rancangan Malaysia Ke 3
200 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1976
Nilai Muka: 200 ringgit
Komposisi: .900 emas
Berat: 7.30g
Diameter: 26.00mm
Tempaan (Mintage): peruf-887 keping; bukan pruf-50,000.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan Copper-nickel pruf
Tempaan: 2,641 set.
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.