Isnin, 28 September 2015

ProCINS intake ke-2 dibuka Disember 2015

Professional Certificate In Numismatic Study (ProCINS) atau Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia akan mula membuka pendaftaran untuk pengambilan ke-2 pada bulan Disember 2015. Pembelajaran untuk intake ke-2 ini akan bermula pada bulan Januari 2016.

ProCINS

Berdasarkan kepada maklumat daripada Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia intake yang pertama, kelas pada kebiasaannya akan di adakan pada hari Sabtu, tarikh kelas juga akan berubah. Ini maklumat kursus daripada Intake yang pertama, sebarang perubahan akan saya kongsikan kemudian:

SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
BAB 1 - Pengenalan Kepada Numismatik dan Perkembangannya di Malaysia dan Peringkat Antarabangsa ( 4 jam )
BAB 2 - Pengurusan Numismatik Malaysia dan Wang-Wang Selepas Kemerdekaan ( 4 jam )
BAB 3 - Sejarah Penggunaan Awal Matawang di Semenanjung Tanah Melayu ( 4 jam )
BAB 4 - Sejarah Matawang di Zaman Penjajahan ( 4 jam )
BAB 5 - Proses Penempaan Duit Syiling ( 4 jam )
BAB 6 - Panduan Mengred Matawang ( 4 jam )
Jumlah waktu belajar dalam kelas = 24 jam
Aktiviti luar @ lawatan = 6 jam
Jumlah jam = 30 jam

Yuran Pengajian: RM1,900 (Potongan 10% untuk Ahli Kelab Warisan Numismatik Malaysia)

Tempat Pengajian: Dewan Kuliah FSPU, UiTM Shah Alam.

Tempoh Pangajian: 6 bulan (Kelas Hujung Minggu sahaja).

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia:
Dato' Shahruddin: 019-918 5858
Azizan (UMP): 012-723 2752
Tn. Hj. Azmi: 013-922 7750
Syafiq (Akademi Camar): 013-601 1484

Tahniah kepada rakan-rakan yang telah selesai mengikuti pembelajaran untuk intake yang pertama. Anda adalah perintis untuk pembelajaran numismatik di Malaysia. Semoga apa yang di ajar oleh pensyarah-pensyarah ProCINS akan memberi manafaat kepada anda.