Ahad, 22 Mac 2015

Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia

Sepertimana yang pernah saya bincangkan didalam artikel, Ke mana arah pendidikan numismatik Malaysia. Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kelab Warisan Numismatik menawarkan Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia yang akan memulakan pengajian pada bulan April 2015 ini.

Numismatik Malaysia

Maklumat yang saya dapat adalah daripada Facebook sahaja yang dikongsi oleh Tn. Hj. Azmi daripada Kelab Warisan Numismatik. Saya belum lagi mendapat kenyataan rasmi daripada Kelab Warisan Numismatik ataupun daripada Dato' Shahruddin. Oleh itu, ada di antara tulisan didalam artikel ini yang saya anggap sebagai khabar angin sahaja, sehingga ada kenyataan rasmi daripada mereka.

SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
BAB 1 - Pengenalan Kepada Numismatik dan Perkembangannya di Malaysia dan Peringkat Antarabangsa ( 4 jam )
BAB 2 - Pengurusan Numismatik Malaysia dan Wang-Wang Selepas Kemerdekaan ( 4 jam )
BAB 3 - Sejarah Penggunaan Awal Matawang di Semenanjung Tanah Melayu ( 4 jam )
BAB 4 - Sejarah Matawang di Zaman Penjajahan ( 4 jam )
BAB 5 - Proses Penempaan Duit Syiling ( 4 jam )
BAB 6 - Panduan Mengred Matawang ( 4 jam )
Jumlah waktu belajar dalam kelas = 24 jam
Aktiviti luar @ lawatan = 6 jam
Jumlah jam = 30 jam
Yuran Pengajian: RM1,900 (Potongan 10% untuk Ahli Kelab Warisan Numismatik Malaysia)

Dengar khabar, kuota 30 orang untuk pelajar kumpulan pertama ini telahpun dipenuhi. Namun, kepada yang berminat, bolehlah mencuba nasib bertanya kepada urusetia.

Khabar angin juga, tenaga pengajar untuk sijil ini adalah Pensyarah UMP, Dickson Niew, Alphanumis, Pegawai Muzium BNM dan juga Tn. Hj. Azmi. Ada kemungkinan Dickson Niew akan mengajar mengenai Proses Penempaan Duit Syiling dan Alphanumis akan mengajar mengenai Panduan Mengred Matawang.

Khabar angin yang rasanya paling menarik adalah lawatan ke suatu tempat yang sungguh istimewa buat pengumpul syiling Malaysia. Dimana tu, itu anda perlulah mengikuti sendiri pengajian ini untuk mendapatkan pengalaman yang sukar diperolehi tersebut.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Urusetia:
Dato' Shahruddin: 019-918 5858
Azizan (UMP): 014-501 5455
Tn. Hj. Azmi: 013-922 7750
Syafiq (Akademi Camar): 013-601 1484
Nadiah (Akademi Camar): 017-724 2664

Semoga pengajian numismatik ini akan berkembang dan berterusan. Tahniah kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kelab Warisan Numismatik diatas usaha untuk memartabatkan numismatik di Malaysia.