Jumaat, 5 April 2013

Perlukah racism di dalam numismatik Malaysia?

Sejak akhir-akhir ini, saya lihat timbul kumpulan di Facebook yang racist. Kumpulan manusia yang kebanyakannya Melayu dan "newbies" didalam numismatik ini melihat dan memperkatakan mengenai penjualan duit lama Malaysia yang rare sebagai cara mengaut keuntungan bagi penjual yang kebanyakannya berbangsa Cina. Isu seperti variety duit 10 sen 1971, wang kertas CR Ali Abul dan juga duit syiling lama Kerajaan Melayu di antara topik perbualan mereka.

Malaysia

Pendapat peribadi saya, racism di Malaysia dari hari ke hari semakin bertambah buruk disebabkan oleh politik. Apabila satu bangsa tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan di api-apikan lagi oleh satu kumpulan lain, maka sikap kebencian akan mula membuak-buak. Sikap hormat menghormati walau masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetapi ada segelintir yang menyimpan perasaan dendam didalam diri mereka. Ada juga yang tidak menggunakan akal yang rasional seterusnya meluahkan penghinaan kepada kaum yang lain, anda boleh lihat banyak video mengenai rakyat Malaysia yang menghina kaum dan agama lain di Youtube. Keadaan lebih teruk mungkin akan berlaku dimasa hadapan, jika cara berpolitik sebegini tidak diubah.

Pendapat peribadi saya, dari dulu sememangnya ada penjual duit lama yang meletakkan harga yang berbeza berdasarkan bangsa/kaum pembeli yang datang kepada mereka. Penjual yang sebegini walaupun mungkin disenangi oleh sesuatu kaum itu, kaum yang dipinggirkan mungkin tidak akan membeli daripada beliau jika tembelangnya pecah. Dulu mungkin tidak ramai yang menjual duit lama, sekarang ini ada ramai penjual yang lebih mesra pelanggan, kita boleh membuat pilihan.

Kita sudah merdeka lebih daripada 50 tahun kenapa perlu timbulkan isu racism? Perlukah racism di dalam numismatik Malaysia? Apa yang mereka dapat jika menjadi racist? Untuk menjawab persoalan ini anda perlu melihat sejarah dan cerita-cerita lama mengenai kumpulan tersebut. Saya tidak akan kongsikannya disini, biarkan siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

Anda nilaikan sendiri adakah komen-komen seperti ini sesuai didalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa:
1. Anda rakyat cina baliklah kepada negara asal korang.
2. variety 10 sen 1971 tu antara cara Cina ni nak ambil untung.
3. Orang Melayu lebih tahu tentang duit kesultanan Melayu.

Itu antara kata-kata yang diucapkan oleh mereka setelah diolah semula oleh saya. Ada juga ucapan "pancung" ditaip didalam Facebook, bergurau atau tidak apabila ada kata-kata mengugut sebegitu, pihak yang satu lagi akan memandangnya secara serius.

Bagi saya, kumpulan ini dari dulu lagi adalah setakat samseng di Facebook, bodoh sombong dan suka temberang.

Motif kumpulan ini bagi saya jelas kelihatan, anda boleh jumpa apa motif mereka jika anda melihat sejarah lama mereka dan bertanya dengan kawan-kawan numismatik yang lebih lama didalam komuniti Facebook Numismatik Malaysia.

Malangnya ada rakan-rakan yang tidak menggunakan akal yang rasional dan turut sama didalam perbincangan mereka. Mungkin dia tidak sedar yang kumpulan ini dari dulu racist dan suka mengapi-apikan semangat bencikan bangsa lain. Mereka ini bodoh sombong kerana dari dulu ingat muzium di Malaysia ni lebih tahu menilai keaslian duit lama kesultanan Melayu.

Racism hanya akan memisahkan kita. Malaysia tidak mempunyai ramai pakar didalam numismatik, buku mengenai numismatik Malaysia pun agak sukar untuk kita temui sebagai bahan bacaan. Didalam numismatik, ilmu adalah penting kerana kita tidak akan dapat menilai dan menjaga duit lama yang kita ada tanpa ilmu numismatik. Nasihat saya, belajarlah ilmu numismatik tanpa mengira kaum/bangsa guru kita selagi mereka mahu memberi tunjuk ajar. Jangan pelik jika ada Sifu yang boleh menilai duit itu palsu atau tidak dengan hanya melihat gambar, sepatutnya belajar dan bertanya apa yang sifu itu nampak.