Jumaat, 21 Ogos 2020

Pelancaran Syiling 50 tahun UKM

Pada 21 Ogos 2020, Duit syiling peringatan 50 tahun UKM dilancarkan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar di UKM.


50 tahun UKM


50 tahun UKM


Perkataan “SAMBUTAN JUBLI EMAS” dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling peringatan ini. Bahagian tengah memaparkan bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), iaitu mercu tanda UKM yang menandakan titik permulaan (pendaftaran) dan pengakhiran (konvokesyen) kehidupan pelajar di UKM. Mercu tanda tersebut diapit oleh reka bentuk geometri yang membentuk bahagian luar DECTAR bagi melambangkan pencapaian penting dan pemodenan UKM sepanjang 50 tahun penubuhannya. Misi UKM untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilambangkan melalui reka bentuk songket yang bermotifkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya. Reka bentuk ini digunakan sebagai latar belakang bagi perkataan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Jawi. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-50 UKM (1970-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) yang boleh bertukar-tukar di bahagian bawah duit syiling.


50 tahun UKM


Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan jubli emas UKM jelas terpapar pada bahagian atas glob (globe) bagi melambangkan pengembaraan dan pencapaian ulung UKM yang telah mencapai taraf antara universiti terbaik dunia. Nilai muka dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.


Duit Syiling Peringatan 50 tahun UKM Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun UKM Emas Nordic (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (Pruf)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000 
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM60.50 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahunUKM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000 & 10,000 (harga 10,000 keping tertakluk kepada UKM)
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)


Bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf), satu syiling duit emas Nordic (pruf) dan maksimum sehingga lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan, satu pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada 25 September 2020.