Jumaat, 5 Jun 2020

Auction Trigometric ke-11 pada 6 & 7 Jun

Bermula esok (6 & 7 Jun 2020), Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan secara maya (online). Lebih kurang 1,400 koleksi numismatik akan dilelong oleh Trigometric Sdn Bhd di dalam acara lelongan mereka. 

Trigometric Auction 11 pada 6 & 7 Jun 2020

Tarikh asal acara lelongan Trigometric ke-11 sepatutnya di adakan pada 19 Mac 2020 tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh Coronavirus (COVID-19) ianya terpaksa ditangguhkan sehingga esok. 

Perintah terbaru yang hanya membenarkan orang yang terhad didalam sesuatu kawasan pada sesuatu waktu menyebabkan ianya terpaksa dijalankan secara maya sepenuhnya. 

Untuk katalog dan maklumat lanjut mengenai acara lelongan Trigometric ke-11, anda boleh melayari laman web mereka di www.thetrigo.org.

Bermula pada 8 Jun 2020, Trigometric Sdn Bhd juga akan berpindah ke pejabat baru di EkoCheras Office Tower, bersebelahan dengan EkoCheras Mall. 

Walau bagaimanapun, pejabat mereka di Amcorp Mall masih lagi beroperasi untuk hari Sabtu dan Ahad setiap minggu sehingga 29 Jun 2020. 

Alamat lengkap Pejabat baru Trigometric Sdn Bhd: 

Unit A-03-03, 
EkoCheras Office Suite, 
No. 693, Batu 5, Jalan Cheras, 
56000 Kuala Lumpur.