Selasa, 28 April 2020

Adakah syiling peringatan 2020 untuk collector?

Adakah Syiling Peringatan tahun 2020 akan dikeluarkan untuk collector oleh Bank Negara Malaysia? Ramai yang berharap BNM mengeluarkan sekurang-kurangnya satu duit syiling peringatan untuk tahun ini.

Ramai yang rindu untuk berbaris di Sasana Kijang tapi itu tidak mungkin akan boleh dilakukan dalam masa terdekat ini.

Ramai juga collector yang berharap, BNM akan mengeluarkan satu syiling peringatan sebagai memperingati Coronavirus (COVID-19) yang melanda negara dan sejarah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Covid19 coin

Syiling Peringatan itu juga diharap dikeluarkan untuk menghargai barisan hadapan (frontliners) negara yang bertungkus lumus serta bertarung nyawa untuk memastikan negara kita dapat membendung COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah adalah antara icon barisan hadapan yang mendapat pujian di atas usaha Kementeriannya bukan sahaja di Malaysia malah didunia.

Terima kasih kepada semua anggota barisan hadapan (frontliners) dan juga mereka yang berjuang membendung COVID-19 di belakang tabir.

Mendung hitam yang datang tahun ini masih belum selesai, apa yang pasti COVID-19 datang bersama-sama kemerosotan ekonomi diseluruh dunia.

Semoga mendung hitam 2020 ini memberi sinar baru kepada semua orang. Semoga semua orang tabah didalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Semoga BNM akan mengeluarkan satu Syiling Peringatan 2020.