Jumaat, 11 Oktober 2019

Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk Kakitangan Awam #Belanjawan2020

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi pembentangan #Belanjawan2020 di Parlimen hari ini mengumumkan, kerajaan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah. Bagi pesara kerajaan, Guan Eng berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 akan turut diberikan.

bonus 2020

Ia turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir 2019.

Untuk melihat sejarah bonus kakitangan awam yang pernah diberikan semasa bajet dari tahun 1993 sehingga yang terkini, anda boleh melihat artikel kami sebelum ini; Sejarah Bonus Kakitangan awam.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah,” kata Guan Eng.

Guan Eng turut mengumumkan mengenai pemberian bantuan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,00.

Anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan RM35 juta tahun depan, memanfaatkan 14,400 anggota bomba.

Tempoh cuti bersalin ditingkatkan daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.



Intipati BELANJAWAN 2020
  1. Penjawat Awam Terima Bonus RM 500 dan Pesara Terima RM 250
  2. Elaun RELA dinaikan RM 2.00 Sejam. Elaun Saraan COLA dinaikan RM 50. Elaun Bomba Dinaikan RM 200 Sebulan
  3. Elaun Guru KAFA dinaikan RM 100. Bantuan One - Off kepada Imam, Bilal, Tok Siak, Guru Takmir sebanyak RM 500
  4. Gaji Minima Dinaikan RM 50 menjadikan RM 1200
  5. Menjelang penghapusan tol secara berperingkat, harga tol diturunkan 18 % bermula 1 Januari 2020
  6. Elaun Sara Hidup Nelayan RM 250 Sebulan
  7. Program My Suri - Caruman KWSP Sehingga 2 % Gaji Suami Kepada Isteri
  8. Bantuan Sara Hidup ( BSH ) Untuk Kategori Bujang Kurang 40 Tahun dan Gaji Tidak Melebihi RM 2000 layak menerima RM 300
  9. Sarapan Pagi Percuma Untuk Pelajar Sekolah
  10. Subsidi Petrol RM 30 sebulan untuk Kereta dan RM 15 setiap bulan.