Selasa, 2 Julai 2019

Spekulasi Syiling Peringatan yang tidak dikeluarkan BNM

Pastinya ramai daripada rakan-rakan collector yang sudah tahu berkenaan dengan spekulasi Syiling Peringatan yang tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tetapi ada dikongsi dan dihantar kepada Numismatic Guaranty Corporation (NGC) untuk di gred, syiling tersebut mendapat gred PF65 Ultra Cameo.

Spekulasi Syiling Peringatan

Secara rasminya Syiling Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk jualan. Tidak ada rekod ditemui berkenaan dengan keluaran syiling untuk VVIP sempena dengan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang tersebut oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014.

Pada pendapat kami, sewajarnya BNM turut mengeluarkan kenyataan akhbar jika sebarang syiling peringatan dikeluarkan walaupun ianya bukan dijual kepada orang awam.

Anda boleh membaca cerita lanjut didalam artikel yang ditulis rakan blogger; Duit Syiling Peringatan Sempena Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (2014) Dan Rancangan Malaysia Ke-10 (2015).

Sekitar tahun 2011 sehingga 2013, spekulasi mengenai syiling Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) juga hangat diperkatakan oleh para collector. Gambar awal syiling peringatan yang telah siap ditempa oleh Kilang Wang itu pernah dikongsi oleh rakan blogger (gambar tersebut telah ditarik balik).

Kini (tahun 2019) sekali lagi kedua-dua syiling ini menarik perhatian para collector syiling peringatan.

Ianya menimbulkan persoalan dikalangan collector, adakah selepas ini para collector yang bertuah berpeluang untuk mendapatkan koleksi-koleksi numismatik rare seperti dulu?

Umum mengetahui, untuk wang kertas nombor cantik (Fancy Numbers), BNM sudah melaksanakan acara lelongan mereka sendiri.

Syiling jambatan Pulau Pinang yang diperkatakan di dalam blog rakan blogger tersebut adalah pruf, ini bermakna set pruf ada dikeluarkan. Adakah akan terjadi lambakan seperti kes Syiling Peringatan Shah Alam suatu hari nanti?

Pada ketika ini, tahniah kepada pemilik syiling jambatan Pulau Pinang kedua tersebut, anda adalah insan yang paling beruntung kerana memiliki syiling yang paling rare di Malaysia, hanya sekeping sahaja yang dikeluarkan (buat masa ini).

Adakah para collector berpeluang suatu hari nanti untuk mendapatkan syiling peringatan ini sebagai koleksi? Pendapat anda?