Khamis, 11 April 2019

Collectibles Auction Asia 13 pada 20 April ini

Collectibles Auction Asia (CAA) akan mengadakan acara lelongan mereka yang ke-13 pada 20 April 2019 ini di Singapura. Acara lelongan tersebut juga boleh dibuat secara online melalui aplikasi liveauctioneers.

Collectibles Auction Asia 13

Jika anda pernah membaca rekod Top 15 Duit syiling Malaysia termahal, Syiling Malaysia yang dilelong oleh CAA masih lagi memegang rekod sebagai duit syiling termahal sehingga kini.

Untuk Collectibles Auction Asia ke-13 ini, 864 koleksi numismatik dan barang lama akan dilelong. 311 lot daripadanya adalah duit syiling, medalion peringatan dan juga medal.

Antara duit syiling utama yang menjadi tumpuan sudah pastilah duit syiling emas Tibet 20 Srang tahun 1919 (BE 1553) yang mendapat gred MS 61 dari Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Duit syiling tersebut dijual pada harga permulaan 10,000 Dollar Singapura.

20 Srang

Duit syiling emas Tibet 20 Srang tersebut ditempa di Serkhang Mint yang terletak berdekatan dengan Norbulingka, tempat tinggal Dalai Lamas. Duit syiling ini tidak di edarkan dengan meluas di Tibet dan digunakan untuk menyimpan kekayaan.

Straits Settlements

Selain itu, terdapat juga duit syiling rare Straits Settlements, 20 cents tahun 1871 yang dijual pada harga permulaan 1,400 Dollar Singapura. Syiling itu diletakkan pada kondisi AVF. Untuk pengetahuan anda, 20 cents tahun 1871 Straits Settlements hanya dikeluarkan sebanyak 15,500 keping sahaja. Anda boleh membaca maklumat mengenai duit syiling rare Straits Settlements di dalam artikel kami; Syiling rare Straits Settlements.

1 sen nickel

Untuk syiling Malaysia, syiling 1 sen nickel tahun 1982 akan dilelong pada harga permulaan 300 Dollar Singapura. Untuk pengetahuan anda syiling 1 sen tahun 1982 dikeluarkan menggunakan logam Copper Clad Steel (berwarna seperti tembaga) dan syiling ini adalah syiling planchet error. Syiling ini di gred oleh NGC sebagai UNC Details, environment damage.

½ Cent

Satu lagi syiling yang menarik perhatian kami adalah syiling ½ Cent Sarawak tahun 1863 daripada koleksi Eric P. Newman yang mendapat gred PF 64 RB dari NGC. Syiling tersebut dijual pada harga permulaan 2,400 Dollar Singapura. Untuk pengetahuan anda, Eric P. Newman adalah legenda numismatik Amerika dan terkenal di seluruh dunia dengan koleksi numismatik rare.

Anda sudah boleh mula membuat bidaan secara online atau menggunakan aplikasi liveauctioneers untuk Collectibles Auction Asia 13.

Sila ke link Collectibles Auction Asia 13 untuk melihat koleksi lelongan dan membida.

Setiap bidaan online akan dikenakan caj harga premium pembeli sebanyak 20%.