Sabtu, 19 Januari 2019

Syiling 1 Ringgit 1994 berharga RM10,000?

Berkenaan dengan berita yang di tularkan oleh blog-blog bukan numismatik "Syiling 1 Ringgit 1994 berharga RM10,000" yang dikatakan dijual di Lazada, berita tersebut betul. Bukan setakat di Lazada, di Mudah, Lelong, eBay, Shoppe, Instagram dan juga di Facebook ada ramai yang menjual duit syiling mereka berharga puluhan ribu.

1 Ringgit 1994

Namun, ianya bukanlah harga atau nilai numismatik untuk syiling tersebut. Sesiapa sahaja boleh meletakkan harga sehingga berjuta Ringgit untuk barangan yang ingin mereka jual di Lazada, Mudah, Lelong, eBay, Shoppe, Instagram atau juga di Facebook. Untuk duit syiling, ada sebab kenapa duit syiling tersebut boleh berharga mahal. Baca, fahami dan belajar apakah sebabnya duit syiling boleh dijual pada harga yang tinggi; kenapa syiling berharga mahal.

Seperti berita-berita tular mengenai duit syiling sebelum ini, cerita-cerita tersebut sengaja di sensasikan untuk menarik pembaca ke blog-blog mereka. Orang Malaysia suka kongsi cerita-cerita sensasi begini berbanding dengan cerita yang sebenar.

Tengoklah nanti, adakah anda sudi berkongsi maklumat yang kami kongsi ini dengan rakan-rakan anda berbanding dengan cerita-cerita numismatik yang disensasikan sebegitu?

Hanya butang Share yang menjadi saksi.🙈🙉🙊

Boleh baca cerita yang kami rekodkan sebelum ini:-



Lihat sahaja sekarang ini berapa banyak Facebook pages yang kononnya membuat jual beli duit lama, siap tunjuk duit berpuluh ribu lagi kononnya modal nak beli duit lama. 😄

Ada ke yang telah dibeli duit lama mereka oleh Facebook pages tersebut?

Rasanya lagi ramai yang telah ditipu oleh scammer jual beli duit lama di page tersebut berbanding mereka yang telah berjaya menjual duit lama.

Facebook pages sebegitu bertujuan untuk mendapat populariti sahaja kerana di media online ini, populariti sama dengan peluang untuk mendapat duit.

Betul syiling 1 Ringgit 1994 adalah syiling yang mempunyai jumlah mintage yang terendah untuk syiling 1 Ringgit tapi jumlah 36juta keping itu masih suatu jumlah yang besar untuk syiling numismatik.😏

Harga RM10,000 untuk syiling 1 Ringgit 1994 itu adalah suatu yang masih jauh untuk dicapai untuk numismatik Malaysia. Anda boleh rujuk harga duit syiling 1 Ringgit di artikel sebelum ini; Nilai dan harga duit syiling 1 Ringgit.

Terpulang kepada anda untuk mempercayai fakta atau auta.