Selasa, 22 Januari 2019

Koleksi numismatik pertama yang anda beli

Semasa mula-mula menceburi hobi mengumpul duit lama, pasti ada di antara kita yang menyimpan koleksi numismatik yang diwariskan oleh saudara-mara dan juga diberikan oleh rakan-rakan. Namun, ada juga koleksi numismatik yang kita beli. Masih ingatkah anda koleksi numismatik pertama yang anda beli?

Koleksi Numismatik

Adakah anda masih lagi menyimpan koleksi tersebut atau ianya telah dijual atau diberikan kepada sesiapa?

Koleksi numismatik pertama yang saya beli adalah wang kertas $10 Dollar Malaya & British Borneo atau lebih dikenali sebagai duit kerbau bajak Malaya.

Wang kertas ini saya beli pada harga RM50 lebih kurang 25 tahun yang lalu dengan duit gaji yang pertama kali saya terima dalam seumur hidup saya.

Pada waktu itu saya tidak kenal apa itu numismatik, apa itu grading dan apatah lagi harga pasaran wang kertas ini pada ketika itu.

Saya membelinya diatas jejambat pasar besar Kota Kinabalu sewaktu Tamu atau pasar pagi Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Sewaktu saya pergi ke sana, hanya ada seorang penjual yang ada menjual duit kerbau bajak Malaya.

Saya tidak menawar harga RM50 yang ditawarkan penjual, saya hanya bayar, lipat wang kertas tersebut dan masukkan ke dalam dompet serta berlalu pergi.

Pada waktu itu, RM50 adalah suatu jumlah yang besar, gaji pertama saya hanya RM280 sebulan.

Malam itu, saya asyik membelek wang kertas $10 Dollar Malaya & British Borneo yang kemudiannya membuatkan saya terfikir, betapa mahalnya kos untuk hobi mengumpul duit lama.

Saya membelanjakan hampir 20% daripada gaji untuk sekeping wang kertas yang koyak ini.

Pada waktu itu, saya tidak tahu tentang kewujudan buku katalog Steven Tan.

Pada waktu itu, tidak ada teknologi seperti sekarang, tiada Blog, tiada Facebook dan juga tiada Whatsapp.

Pada waktu itu juga tiada rakan-rakan yang mempunyai hobi mengumpul duit lama seperti saya.

Koleksi numismatik pertama yang saya beli menyebabkan minat saya untuk mengumpul duit lama terhenti seketika.

Bersambung....