Khamis, 20 Disember 2018

Kedai Numismatik CTTan Trading

Hari ini rakan numismatik Encik Choon Teng Tan (CT Tan) menghubungi kami mengenai kedai beliau sudah dibuka di Prangin Mall, Pulau Pinang. Kepada pengunjung setia Amcorp Mall Petaling Jaya sudah pasti mengenali beliau.

CTTan Trading

Cttan Trading
Alamat: No 33-2-68, Prangin Mall, Jalan Dr. Lim Chwee Leong, 10100 Georgetown, Pulau Pinang.

Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad (Tutup pada Hari Isnin)
Dari jam 11pagi sehingga 8malam

No. Telefon: 016-4132313 (HP & Whatsapp)


CTTan

Kami pernah menulis mengenai beliau didalam artikel kami sebelum ini pada tahun 2013; CTTan Numis-Amcorp Mall Flea Market.

Kedai beliau sudah dibuka secara rasminya pada 15 Disember 2018.

Kedai CTTan Trading di Unit 08-26, 8th floor, Berjaya Times Square (mall), No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur telah ditutup sejak 31 Oktober 2018.

Nampaknya beliau akan beroperasi secara tetap di Pulau Pinang.

Tahniah kami ucapkan kepada rakan numismatik Encik Choon Teng Tan (CT Tan) dan semoga maju jaya serta terus mewarnai arena numismatik Malaysia.

Untuk Senarai penuh Kedai Duit Lama anda boleh baca artikel kami; Kedai duit syiling lama Malaysia.


PS: Kepada rakan-rakan numismatik lain yang ingin berkongsi mengenai maklumat atau aktiviti numismatik, boleh menghubungi kami melalui email. Sila pastikan anda sertakan maklumat lengkap mengenai maklumat atau aktiviti numismatik tersebut beserta gambar. Terima kasih.