Sabtu, 7 Julai 2018

Jualan Wang Peringatan 7 Julai 2018

Jika Jualan Wang Peringatan 30 Jun 2018 dicemari dengan pergaduhan kecil kerana memotong barisan, jualan hari ini turut dicemari dengan penipuan nombor tiket jualan wang peringatan palsu. Selain itu, jumlah maksimum wang peringatan yang boleh diambil juga berubah berbanding jualan sebelum ini.

Jualan Wang

Jualan pada 30 Jun 2018, setiap orang boleh membeli maksimum:
  • 5 keping RM60 wang kertas peringatan 60 tahun merdeka
  • 1 keping Coincard Agong XV
  • 1 keping Coincard Arkib

Jualan pada hari ini, setiap orang hanya boleh membeli maksimum:
  • 4 keping RM60 wang kertas peringatan 60 tahun merdeka
  • 2 keping Coincard Agong XV
  • 1 keping Coincard Arkib

Ramai yang sedikit kecewa kerana pada 30 Jun 2018 jam 2.00 petang, semasa mengumumkan No. 801 sehingga No. 1500 jualan akan dibuat pada 7 Julai 2018, Pengarah Pengurusan dan Operasi Matawang, En. Thomas Tan Koon Peng memberitahu No. 801 sehingga No. 1500 akan turut dapat jumlah yang sama dengan mereka yang mengambil wang peringatan pada 30 Jun 2018.

Tidak dapat dipastikan, adakah semua orang yang mempunyai tiket jualan wang peringatan dapat membeli wang peringatan hari ini kerana kami bergerak awal dari Sasana Kijang. Harap-harap semua orang yang mempunyai tiket jualan wang peringatan berpeluang untuk mendapat wang peringatan kali ini.

Nombor giliran dibaca lebih cepat kali ini kerana kebanyakkan orang sudah meminta rakan mereka yang mempunyai nombor 1 sehingga 800 mengambil wang peringatan untuk mereka.

Di awal pagi, ada pelanggan yang membawa nombor tiket jualan wang peringatan palsu dengan harapan dapat masuk mengambil dan membeli wang peringatan. Tidak dapat dipastikan berapa orang semuanya yang telah ditangkap, ada khabar angin yang mengatakan 4 orang tetapi di waktu pagi, ada seorang penjual duit lama yang ditangkap kerana menggunakan nombor tiket jualan wang peringatan palsu.

Sungguh memalukan, sikap tidak jujur sebegini sedikit sebanyak menjejaskan rakan-rakan collector yang lain.

Tidak dapat dipastikan juga apa tindakan yang akan dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas beliau dan dibawah Akta apakah yang akan digunakan untuk mengambil tindakan.

Sememangnya tiket jualan wang peringatan untuk No. 801 sehingga No. 1500 kelihatan mudah ditiru tetapi janganlah sebab anda nak untung hak orang lain yang betul-betul penat berbaris untuk mendapatkan tiket jualan wang peringatan tersebut tidak di ambil kira.

Namun, cara jualan yang digunakan oleh BNM kali ini sememangnya agak mengecewakan atas sebab-sebab yang kami tulis sebelum ini di artikel; Jualan Wang Peringatan 30 Jun 2018.

Pendapat anda?