Selasa, 20 Disember 2016

Syiling FELCRA mula dijual 21 Disember 2016

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan Duit Syiling Peringatan sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA). Pelancaran syiling FELCRA itu telah dilaksanakan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Syiling tersebut akan mula dijual pada 21 Disember 2016 (esok), di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), Pejabat-pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu.

syiling FELCRA

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan imej pokok kelapa sawit dan getah dengan landskap hijau ditengah-tengah yang mewakili teras perniagaan perladangan FELCRA digambarkan pada bahagian tengah duit syiling, dengan jalan-jalan yang membawa kepada latar langit Kuala Lumpur di belakangnya. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1966-2016 tertera di bahagian bawah.

logo FELCRA

Bahagian belakang syiling memaparkan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" pada bahagian atas duit syiling, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini. Manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah. Di antara perkataan tersebut, logo ulang tahun rasmi Jubli Emas FELCRA dipaparkan pada duit syiling.


Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)

Sudah pasti, ini adalah syiling terakhir untuk tahun 2016 yang akan dikeluarkan oleh BNM.