Ahad, 6 November 2016

Token Kuning KTM Komuter

KTM Berhad mula memperkenalkan Token Kuning KTM Komuter pada 19 Oktober 2016 bermula pada jam 3 petang bagi perkhidmatan KTM Komuter di laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Sungai Gadut. Sistem baru ini mula beroperasi di 53 stesen KTM Komuter di laluan berkenaan.

Melalui sistem tiket baharu itu, token dan kad nilai simpan iaitu 'Komuter Link' dan 'Touch n' Go' akan digunakan sebagai tiket perjalanan menggantikan sistem tiket manual yang digunakan sebelum ini.

Komuter token

Token berwarna kuning ini mempunyai tulisan "KTM KOMUTER" serta anak panah mengelilingi perkataan tersebut di bahagian hadapan. Di bahagian belakang tidak ada sebarang rekabentuk, hanya ada nombor siri token tersebut.

token ktm

Jika dilihat dibawah cahaya, jelas kelihatan cip dan gelang besi mengelilingi cip tersebut.

Setakat hari ini, tidak ada maklumat sama ada KTM Berhad ada mengeluarkan Token berwarna lain untuk Warga Emas atau Orang Kurang Upaya sepertimana Token Merah yang dikeluarkan oleh Rapid KL.

Menurut maklumat dari rakan blogger, Rusdi Jusoh (Purbawan Online), ada Token KTM Komuter berwarna merah jambu (pink) khas untuk kanak-kanak.

Token ini diperkenalkan untuk mengantikan sistem tiket yang digunakan sebelum ini, ianya sebagai usaha untuk mengelakkan penumpang dari melalui pintu-pintu platform tanpa tiket.

Sumber KTMB berkata sistem elektronik yang baru ini akan membolehkan stesen Komuter berfungsi seperti stesen LRT, di mana token adalah perlu bagi penumpang untuk sampai ke platfroms di stesen.

Anda ada maklumat lain mengenai token ini yang boleh dikongsi?