Sabtu, 28 Mei 2016

Pelancaran Syiling 100 tahun Pandu Puteri Malaysia

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan keluaran Bank Negara Malaysia (BNM) sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini hari ini.

pandu puteri
Gambar asal Utusan.com.my

Pelancaran dilakukan selepas baginda merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPPM 2015/2016 yang turut dihadiri isteri perdana menteri yang juga Yang Dipertua PPPM, Datin Seri Rosmah Mansor di Langkawi International Convention Centre.

Majlis turut dihadiri Raja Puan Muda Perak yang juga Yang Dipertua PPPM Kedah, Dato Seri Diraja Tunku Soraya Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah, Tengku Puan Pahang yang juga Yang Dipertua PPPM Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar serta Ketua Pesuruhjaya PPPM, Normala Baharudin.

syiling pandu puteri

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej simpul buku sila (reef knot) yang melambangkan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan ahli Pandu Puteri di dalam dan luar negara, dan juga logo perayaan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun PPPM Ke-100. Imej tali yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling ini melambangkan kekukuhan dan hubungan yang erat dalam organisasi ini. Perkataan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tempoh tahun '1916-2016' diletakkan di bahagian bawah duit syiling ini.

girl guide coin

Bahagian Belakang duit syiling peringatan ini memaparkan logo rasmi PPPM. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawah duit syiling ini.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)

Duit syiling ini akan mula dijual pada 6 Jun 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta cawangan di Kuala Terengganu.