Selasa, 5 April 2016

Khabar Angin syiling 70 tahun RTM

Khabar angin mengenai syiling peringatan 70 tahun RTM bersempena dengan sambutan hari ulangtahun ke-70 Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah lama kami dengar. Namun, beberapa hari ini khabar angin ini asyik bertiup kencang dan dikatakan ada kemungkinan akan keluar pada bulan ini.

syiling RTM

Untuk makluman semua, RTM secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1946 dengan kewujudan Jabatan Penyiaran. Kewujudan awalnya tertumpu kepada penyiaran oleh stesen radio. Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di Malaya beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini Jalan Cenderasari) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur.

Perkhidmatan televisyen pertama kali diperkenalkan oleh Jabatan Penyiaran pada 31 Disember 1963 dengan tertubuhnya saluran televisyen pertama, Rangkaian Satu, dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Pada 6 Oktober 1969, Operasi siaran televisyen berpindah ke Kompleks Angkasapuri buat pertama kalinya.

Pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pada 17 November 1969, saluran televisyen kedua, Rangkaian kedua, mula dilancarkan secara rasmi.

Di dalam artikel sebelum ini; Khabar Angin Syiling Peringatan 2016, kami tidak menyatakan mengenai khabar angin syiling RTM 70 tahun kerana kami tidak mendapat maklumat mengenainya pada ketika artikel tersebut ditulis.

Sambutan Hari RTM ke-70 tahun sepatutnya di adakan pada 1 April 2016 tetapi carian yang dilakukan oleh kami, tidak ada sambutan secara rasmi di adakan.

Sambutan rasmi yang ada setakat ini ialah Perhimpunan Khas Sambutan Hari RTM Ke-70 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur yang diadakan hari ini serta dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Seri Salleh Said Keruak , Timb. Menteri KKMM, YB Dato' Jailani Johari dan KSU KKMM, Dato' Dr. Sharifah Zarah.

Tidak ada sebarang berita mengenai syiling peringatan dikeluarkan. Pihak kami tidak pasti jika ianya ada disiarkan melalui siaran rasmi di Rangkaian Televisyen atau Radio RTM. Jika ada di antara rakan-rakan yang ada maklumat lain sila maklumkan kepada kami.

Khabar angin yang kami dengar juga, sambutan rasmi 70 tahun RTM akan di adakan minggu ini dan akan dirasmikan oleh pemimpin negara, tarikh akan dimaklumkan kelak, jika ada maklumat yang kami terima. 

Khabar angin juga, syiling yang dikeluarkan sama seperti sebelum ini, syiling single silver, set 2 in 1 dan juga coincard. Tidak ada maklumat mengenai jumlah mintage dan juga jika syiling copper dikeluarkan.

Jika ada di antara rakan-rakan yang ada maklumat lain sila maklumkan kepada kami untuk dikongsikan dengan rakan-rakan collector yang lain.