Isnin, 21 Disember 2015

Syiling siri ke-3 2011 dalam edaran, bernilaikah?

Ramai yang mengatakan mereka telah menemui syiling siri ke-3 tahun 2011 di dalam edaran. Namun, persoalan utama yang timbul, adakah ianya bernilai tinggi? Di Facebook, ada yang menjualnya pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran coin card syiling siri ke-3 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

siri ke-3

Umumnya, hampir semua collector tahu, duit syiling Malaysia siri ke-3 mula digunakan secara rasmi pada 16 januari 2012.

Namun, ada juga collector newbies yang tidak tahu, duit Malaysia siri ke-3 tahun 2011 itu datangnya daripada coincard yang dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 25 Julai 2011. Pada waktu itu, kenyataan akhbar Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan sebanyak 500,000 set coincard dikeluarkan untuk syiling baru Malaysia tersebut.

Khabar angin (tidak ada kenyataan rasmi dari BNM) yang kami dengar, semasa jualan Duit Syiling Peringatan Asean 2015 di Sasana Kijang, ramai yang mendapat duit baki syiling 2011.

Ini menimbulkan spekulasi, jumlah 500,000 set coincard itu tidak dikeluarkan sepenuhnya oleh BNM.

Harga Set coincard syiling siri ke-3 adalah antara coincard yang mempunyai harga yang lesu di pasaran kerana jumlahnya (jumlah yang diumumkan secara rasmi oleh BNM) yang dikeluarkan agak banyak untuk collector Malaysia.

Untuk makluman, set coincard syiling edaran siri pertama dan set coincard syiling edaran siri kedua tidak ada dinyatakan jumlah keluaran set tersebut semasa dilancarkan (tolong betulkan jika saya silap).

Namun, ramai collector newbies yang tidak sedar, jumlah 500,000 untuk syiling 2011 itu adalah satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah syiling edaran yang lain.

Sebagai perbandingan, lihat sahaja pada coincard syiling edaran siri kedua, suatu waktu dahulu harganya cuma RM10 satu, sekarang?

Sebagai perbandingan juga, Set syiling ini mendapat tempat ke-4 didalam senarai tahun Keydate dan Semi Keydate syiling Malaysia.
Tempat pertama adalah syiling 10 sen 1971 (32,326),
tempat kedua syiling $1 1982 (201,550) dan
tempat ke-3 syiling $1 1986 (252,473).
Untuk memudahkan anda, boleh merujuk kepada artikel Keydate/ Semi Keydate bagi Syiling Siri Ketiga (S3M)

Untuk makluman anda juga, syiling yang dikeluarkan untuk coincard tersebut ditempa khas dengan kilatan istimewa yang tidak sama seperti syiling edaran siri ke-3 tahun yang lain.

Pada masa sekarang, harganya mungkin tidak tinggi tetapi dimasa hadapan, apabila ianya sudah semakin sukar ditemui, pasti harganya akan melambung tinggi.