Ahad, 20 September 2015

Syiling emas Millennium di Trigometric Auction 2

Duit syiling Millennium RM500 emas peruf, duit syiling emas kedua terberat didalam senarai duit syiling peringatan Malaysia akan dilelong oleh Trigo Amcorp Mall pada 18 Oktober 2015 ini. Acara lelongan Trigometric Auction 2 itu akan menyaksikan 377 lot wang kertas, duit syiling dan setem dilelong di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Millennium gold

Syiling emas Millennium (Malaysia Commemorative Millennium Gold Coin) yang dilancarkan pada tahun 1999 untuk memperingati tahun 2000 itu di tempa oleh Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd. Syiling tersebut dikatakan mempunyai jumlah tempaan dibenarkan (approved mintage) sebanyak 10,000 keping tetapi sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, tidak banyak yang ditempa. Oleh itu, jumlah sebenar syiling emas Millennium yang berada di pasaran masih lagi menjadi tanda tanya.

Syiling yang dilelong oleh Trigometric Sdn Bhd ini dijual bersama dengan bekas pewter yang dihiasi corak awan larat berkerawang dan replika duit syiling emas kijang pada penutupnya, selain sijil perakuan sah. Ianya dilelong pada harga permulaan RM8,000.

Sebahagian daripada syiling peringatan yang akan dilelong di Trigometric Auction 2:

45 tahun merdeka

Lot 329: Set peruf 2 dalam 1 45 tahun merdeka. Mintage hanya 200 set. Harga permulaan: RM1,200.

RMK3

Lot 330: 1976 set peruf 3 dalam 1 Rancangan Malaysia ke-3. Harga Permulaan: RM1,700.

sea games coin

Lot 331: 1977 set peruf 3 dalam 1 Sukan S.E.A. ke-9. Harga Permulaan: RM2,100.

1976 WWF coin

Lot 332: 1976 Set peruf 2 dalam 1 pemuliharaan Hidupan Liar WWF. Harga Permulaan: RM1,400.


Decade for Women

Lot 335: 1985 syiling emas RM250 United Nations Decade for Women. Harga Permulaan: RM4,500.


Piala Thomas-Uber

Lot 342: Syiling peringatan emas Piala Thomas-Uber. Harga Permulaan: RM10,000.


50 tahun FELDA

Lot 345: 2006 set peruf 3 dalam 1 50 tahun FELDA. Harga Permulaan: RM2,200.

Universiti Teknologi Mara

Lot 346: 2006 Set peruf 3 dalam 1 Jubli emas UiTM (Universiti Teknologi Mara). Harga Permulaan: RM2,300.

Agong ke-12

Lot 347: Syiling peruf emas Pertabalan yang Di-Pertuan Agong ke-12. Harga permulaan: RM2,000.

TUDM coin

Lot 348: Syiling peruf emas 50 tahun penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Harga Permulaan: RM2,000.

Non Aligned Movement (NAM)

Lot 349: Syiling Peruf 2 dalam 1 Non Aligned Movement (NAM). Mintage hanya 300 set. Harga Permulaan: RM900.

Anda oleh memulakan bidaan online di www.liveauctioneers.com/TRIGOMETRIC-SDN-BHD. Bidaan yang menang melalui liveauctioneers.com perlu membayar premium pembeli sebanyak 18% daripada harga bidaan. Untuk bidaan secara live pada 18 Oktober nanti, pembeli yang menang bidaan akan dikenakan premium pembeli 15% daripada harga bidaan yang akan dikenakan cukai gst 6% (cukai gst hanya untuk premium pembeli).