Rabu, 17 Jun 2015

Duit syiling asli tak melekat magnet?

"Ada orang kata Duit syiling asli tak melekat magnet? Jadi duit syiling yang melekat magnet itu adalah duit palsu. Nak tanya betulkah duit syiling palsu yang melekat magnet itu berharga mahal kepada collector, saya ada banyak duit syiling lekat magnet, admin Malaysia coin nak tak?"

Begitulah lebih kurang soalan yang diajukan kepada saya oleh seorang pembaca melalui Facebook.

syiling magnet

Sebelum anda membaca lebih lanjut, apa yang saya bincangkan ini adalah mengenai syiling edaran Malaysia.

Jika anda tak faham juga, saya bincangkan mengenai syiling parlimen Malaysia, syiling Bunga Raya Malaysia dan juga Syiling siri ketiga.

Sebenarnya saya sudah lama kongsikan hal ini didalam artikel; magnet test for malaysia coin.

Bukan semua duit syiling yang melekat magnet itu adalah duit palsu.

Kebanyakkan duit palsu yang diperiksa dengan cara ini adalah duit syiling 50 sen parlimen dan bunga raya.

Namun, duit syiling palsu yang melekat magnet sudah semakin sukar ditemui untuk syiling 50 sen parlimen. Ada tahun syiling palsu Parlimen yang berharga tinggi untuk duit palsu ini. Ianya berharga kepada collector sahaja, jualan terbuka kepada awam adalah tanggungjawab anda sendiri.

Selain untuk memeriksa syiling palsu, collector mengunakan magnet untuk memeriksa duit syiling yang ditempa menggunakan logam yang tidak sepatutnya.

Jika anda tidak faham, boleh baca contoh didalam artikel syiling 1 sen melekat magnet atau tidak.

Logam yang digunakan untuk membuat syiling Malaysia itu berbeza-beza mengikut tahun. jadi jika nak cakap yang syiling asli tak melekat magnet, ada banyak syiling asli yang melekat magnet.

Kena faham betul-betul apa perlunya pemeriksaan magnet itu dijalankan oleh collector.

Baca link artikel yang saya kongsikan di atas berulang-kali jika anda tak faham. Semuanya sudah saya terangkan sebelum ini, terpulang kepada anda mahu membaca mencari ilmu atau tidak.