Selasa, 6 Mei 2014

Kumpul duit lama bukan lagi sekadar hobi

Pagi tadi saya bertanya kepada rakan-rakan di Facebook tentang hobi mengumpul duit lama. "Mahal ke nak start collect duit lama? Anda kena berfikir sebagai seorang collector, bukan investor utk pastikan hobi ini jadi murah http://buff.ly/1iMVW1u"

Hanya ada seorang sahaja yang menjawab setelah lebih 8 jam soalan itu diajukan.
Di Raccolta-Setiap hobi memerlukan masa dan wang ringgit...jgn gopoh jgn gelojoh..pelan pelan kayuh kumpul...yg penting byk kan membaca... : pesanan untuk diri sendiri..hihi...terima kasih Malaysia Coin kerana artikel yg berguna.

Terima kasih juga kepada saudara Di Raccolta.

hobi kumpul duit

Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, masihkah anda semua ingat suatu waktu dulu mengumpul duit lama hanyalah sekadar hobi?

Dulu-dulu jika orang tanya, apa hobi anda? Jawapannya anda mungkin mengumpul duit lama.

Sekarang ini, mengumpul duit lama sudah menjadi satu pelaburan dan juga perniagaan sampingan bukan lagi sekadar "hobi" bagi kebanyakkan orang.

Masih wujudkah sikap, "Beri peluang kepada rakan-rakan lain" jika anda menemui duit syiling lama pada harga yang murah?

Susah dah nak jumpa rakan-rakan collector yang bersikap demikian.

Masih adakah sikap berkongsi maklumat "semalam saya jumpa syiling ni dijual oleh sipolan pada harga murah" kepada rakan-rakan collector?

Sekarang ini kalau dah jumpa syiling pada harga yang murah sudah mesti nak sapu semua sekali, bagi licin. Kalau tak nanti terlepas peluang untuk mengaut keuntungan mudah. Kalau dah sapu licin, baru tunjuk dengan kawan-kawan, "semalam saya jumpa syiling ni dijual oleh sipolan pada harga murah tapi dah habis dah orang lain beli".

Kalau dah tahu syiling tu harga murah, harga akan ditawar sehingga mencecah lantai dan adakalanya penjual dipaksa menerima bayaran yang secara realitinya dia tidak bersetuju.

Hahahahaha.... Maaflah jika ada perbuataan di atas tu terkena batang hidung anda.

Tapi adakah anda terfikir kos untuk memulakan hobi mengumpul duit lama sekarang ini semakin mahal? Betul ke?

Pada pendapat saya, ianya terpulang kepada anda. Adakah anda hendak menjadikannya hobi, pelaburan atau perniagaan sampingan.

Jika anda ingin mengumpul duit lama sebagai hobi, anda boleh memulakan hobi ini tanpa mengeluarkan belanja yang besar sebenarnya. Namun, anda kena perlu lebihkan usaha untuk bertanya dengan rakan-rakan atau saudara-mara jika mereka ada duit lama yang boleh dihadiahkan kepada anda atau tabung duit syiling Malaysia yang boleh anda periksa untuk koleksi anda. Anda juga boleh melakukan "swap" dengan rakan-rakan dari dalam mahupun luar negara. Anda juga boleh mula menyimpan duit edaran Malaysia yang masih suci secara percuma.

Mengumpul duit lama menjadi mahal apabila anda telah mula membeli duit lama. Untuk Duit Syiling Malaysia yang lengkap, anda mungkin terpaksa membeli syiling Malaysia yang rare sebab ianya amat sukar ditemui didalam edaran pada ketika ini.

Ianya juga mungkin terasa mahal apabila anda melihat koleksi rakan-rakan yang sudah lama mengumpul duit lama atau mempunyai dana kewangan yang lebih baik daripada anda.

Trend sekarang ini, semakin ramai yang menjadikan duit lama sebagai satu pelaburan alternatif selain daripada emas dan perak.

Trend sekarang juga, semakin ramai yang menjual duit lama sebagai satu cara untuk menambahkan pendapatan mereka.

Namun, ramai yang terlupa, mengumpul duit lama juga boleh dijadikan sebagai sekadar hobi tanpa bermotifkan keuntungan.

Terpulang kepada anda, adakah mengumpul duit lama ini hanya sekadar hobi, pelaburan atau perniagaan sampingan anda.