Selasa, 27 Mei 2014

Collector tak kisah harga berapa pun

Ramai daripada mereka yang tidak mengumpul duit lama atau tidak mempunyai pengalaman didalam hobi mengumpul duit lama ini beranggapan, collector tak kisah harga berapa pun. "Harga tinggi pun akan disapu oleh collector jika mereka nak beli duit syiling tersebut. Tengok saja bagaimana didalam akhbar ada banyak duit syiling dijual berjuta ringgit diluar negara".

Collector

Persepsi dan andaian sebegini membuatkan ramai dari bukan collector yang menjadi Mat Jenin dan meletakkan harga yang tidak munasabah ketika menjual duit lama mereka di Mudah.my atau Facebook.

Collector rasanya melihat kepada harga yang munasabah dan berpatutan, lebih murah daripada harga pasaran adalah satu bonus buat collector.

Jangan salah faham, sekarang ini bukan collector sahaja yang membeli duit lama. Ada investor, peminat mistik dan juga mereka yang baru mencuba/ingin tahu mengenai hobi ini. Peminat mistik ada yang biasanya membeli pada harga yang agak tinggi untuk menjadikan duit lama sebagai ibu duit, tangkal dan digunakan didalam acara pemujaan.

Persepsi "Collector tak kisah harga" adalah salah satu penyebab kenapa ramai yang beranggapan duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang sisinya mempunyai garisan lubang mengelilingnya sebagai duit syiling rare. Rare sebab mereka (bukan collector) jarang-jarang nampak syiling tersebut. Bagi mereka, apabila dah susah nak jumpa bermakna harganya mestilah tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit.

Bukan collector juga tak faham, setiap syiling adalah berbeza. Sebagai contoh, cerita mengenai syiling 50 sen dilelong pada harga hampir RM20K, jika anda mempunyai syiling 50 sen yang mempunyai tahun yang sama, tidak semestinya ia akan turut berharga tinggi. Untuk pengetahuan, syiling yang dilelong itu telah digred, gred tertinggi untuk syiling tersebut buat masa ini, sisinya bergerigi bukan sisi berparit, ianya adalah koleksi seorang Master Sifu JIM notes, Wong Hon Sum.

Collector tak kisah harga berapa pun, jikalau collector itu kaya, syiling itu rare, syiling itu mempunyai gred yang tinggi (MS65 ke atas), siapa pemilik syiling itu dan collector itu tidak mempunyai syiling tersebut dalam koleksinya. Kesemua diatas perlu ada untuk pastikan anda dapat harga tinggi tersebut.