Ahad, 6 April 2014

Syiling Peringatan 30 tahun Merdeka 1957-1987

Pada 29 Ogos 1987, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) sebagai memperingati ulang tahun ke-30 kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1987. Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan Copper-zink. Setiap jenis syiling dikeluarkan dalam 2 bentuk; peruf dan bukan peruf.

30 tahun Merdeka

Ketiga-tiga muka hadapan syiling mempunyai persamaan bintang berbucu 14 di bahagian atas syiling dan perkataan "30 TAHUN MERDEKA" tahun "1957-1987" di bahagian bawah syiling. Rekabentuk di bahagian tengah syiling adalah berbeza:
i. Syiling emas:-bangunan Masjid Negara dan Parlimen Malaysia dengan keris bersilang menggambarkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi negara.
ii. Syiling perak:-pelantar minyak, kereta nasional Proton, bangunan Dayabumi dan Jambatan Pulau Pinang menggambarkan pembangunan negara selama 30 tahun.
iii. Syiling Copper-zink:-30 ekor burung merpati menggambarkan 30 tahun negara memperoleh kemerdekaan dan kebebasan.

Pada bahagian belakang rekabentuk adalah sama, Jata Negara di bahagian tengah, dikelilingi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" di bahagian atas syiling dan nilai muka syiling di bahagian bawah.

Kesemua duit syiling ini telah ditempa oleh Singapore Mint.

Syiling $1 ringgit Copper-Zinc 30 tahun merdeka
rm1 merdeka

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1987
Nilai Muka: 1 ringgit
Komposisi: Copper-zinc
Berat: 9.00g
Diameter: 24.50mm
Tempaan (Mintage): pruf-20,000 keping; bukan pruf-1,000,000.
Ketebalan: 2.7mm
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Nilai Harga Syiling 1 Ringgit)


Syiling $10 ringgit perak 30 tahun merdeka
30 tahun merdeka

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1987
Nilai Muka: 20 ringgit
Komposisi: .500 perak
Berat: 10.82g
Diameter: 27.70mm
Tempaan (Mintage): pruf-10,000 keping; bukan pruf-50,000.
Ketebalan: 2.31mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling $250 ringgit emas 30 tahun merdeka
250 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1987
Nilai Muka: 250 ringgit
Komposisi: .900 emas
Berat: 7.43g
Diameter: 25.25mm
Tempaan (Mintage): pruf-1,000 keping; bukan pruf-5,000.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan Copper-nickel pruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.