Ahad, 2 Mac 2014

Ilmu depan mata tak nampak?

Semalam saya dah bercakap mengenai duit syiling 50 sen 1967 1968 berharga sejuta sekeping. Jika anda perasan, di perenggan ke-empat artikel tersebut saya ada nyatakan "ada pembaca saya daripada Facebook page yang akan cuba mengiklankan duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 mereka didalam page Facebook Malaysia Coin. Semua nak kata duit syiling dialah paling rare".

ilmu

Mereka-mereka yang bodoh sombong, pemalas dan tak pernah pergi sekolah ini mula membuat spam ke ruang status artikel tersebut. Jika mereka-mereka ini manusia yang berakal dan tahu membaca, mereka pasti tahu saya tujukan artikel tersebut untuk manusia-manusia seperti mereka ini.

Artikel sudah ada depan mata, klik link dan baca, susah ke?

Dah boleh nampak ramai orang yang ada duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 takkanlah tak boleh berfikir secara logik? takkanlah harganya sampai sejuta ringgit sekeping? Pengumpul duit lama kat Malaysia ni kaya sangat ke nak beli duit syiling sampai berjuta-juta? Tahu tak duit syiling 50 sen berparit tu berapa banyak yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia? Tahu tak apa itu Very Fine atau Uncirculated?

Ilmu mengenai duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 telah saya kongsikan banyak kali didalam blog-blog saya. Anda boleh baca didalam bahasa melayu disini; Apa istimewanya duit syiling 50 sen 1969. Anda boleh baca artikel didalam Bahasa inggeris di sini; information about 50 sen 1967, 1968 dan 1969.

Mungkin sebab saya tak buat lagi artikel mengenai 50 sen tersebut didalam bahasa Cina dan juga Tamil sebab tu tak faham kot?

Saya tahu ekonomi Malaysia sekarang ini tidaklah baik sangat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk anda mengharapkan mendapat duit sekelip mata dengan menjual duit lama.

Bagi saya, tidak ada masalah anda nak iklankan di Mudah.my duit lama yang anda ada pada berapa harga sekalipun. Itu hak anda, duit lama anda dan iklan milik anda. Yang digelak pun anda juga, bukannya saya.

Namun, apabila anda cuba untuk beriklan di Facebook page saya, silalah baca dahulu artikel-artikel didalam blog-blog saya. Belajar dan faham dahulu apa yang saya sampaikan. Janganlah jadi mat jenin, angan-angan saja nak jadi kaya. Cakap orang tak nak dengar. Ilmu dah dikongsi depan mata tak nak baca.

Nak beriklan dalam Facebook page saya, saya tak marah. Cuma beriklanlah secara berhemah, jangan spam iklan anda didalam status Facebook saya. Namun, Facebook page Malaysia Coin lebih kepada perbincangan mengenai duit syiling Malaysia. Janganlah pulak nak iklankan ubat-ubat dan juga benda lain yang tak berkaitan dengan duit syiling Malaysia.

Jika anda nak untung didalam jual beli duit lama bukan tak boleh, ada caranya. Tapi kalau malas memang tak boleh buat. Jika anda rajin, boleh baca artikel saya:

Ilmu dah saya kongsikan depan mata, baca dan fahami serta cuba untuk melakukannya sendiri.