Jumaat, 21 Februari 2014

Syiling RM10 Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah

Pada 27 Disember 1989, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Perak RM10 Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Duit Syiling dibuat menggunakan perak sterling peruf dengan ketulenan .925 (92.5%) perak. Syiling tersebut juga sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia dan hanya dikeluarkan sebanyak 20,000 keping sahaja.

Syiling Melaka

Rekabentuk muka hadapan duit syiling ini memaparkan motif kereta lembu dengan perkataan "MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH" dan tahun "1989" disekelilingnya.

10 Ringgit Melaka

Rekabentuk bahagian belakang pula, memaparkan 5 jambangan bunga raya dikiri dan kanan mengapit Jata Negeri Melaka di tengah. Di bahagian atas tertera perkataan "MALAYSIA" dan nilai muka syiling "10 RINGGIT" tertera di bahagian bawah syiling.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia.

Syiling Peringatan RM10 Perak Peruf Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah
duit Melaka

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 13.60 gram
Diameter: 30.5 mm
Tempaan: 20,000 keping
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.