Sabtu, 20 April 2013

Senarai Koleksi Numismatik Dicuri-Muar,Johor

Salam dan selamat pagi. Hari ini saya perlukan bantuan rakan-rakan untuk memaklumkan kepada saya jika anda ada menemui mana-mana koleksi yang saya senarikan didalam artikel ini. Koleksi ini telah dicuri daripada seorang rakan yang tinggal di Johor pada 4 April 2013. Dikhabarkan bahawa ianya telah dicuri dirumahnya sewaktu beliau berada di Kuala Lumpur. Kerugian yang dilaporkan dalam lingkungan RM10,000.

Koleksi Numismatik

Bantuan anda diperlukan untuk memberitahu kepada saya melalui lunaticg(at)gmail(dot)com jika anda ada sebarang maklumat mengenai perkara ini atau berhubung terus dengan rakan tersebut jika anda mengenalinya. Jika anda ada terbeli mana-mana koleksi seperti yang saya senaraikan, sila laporkan dengan segera kepada polis kerana laporan polis telah dibuat (No. report: MUAR/004124/13).

Senarai Koleksi Numismatik Dicuri:
  • 6 Uncut Government US Dollar 1.50 No. Siri: A1816 tahun 1965
  • War loan US 1.50 No. Siri: B003059
  • US 7.50 No. Siri: C004671
  • US 15.00 No. Siri: C6900
  • US 1.50 No. Siri: A1832
  • Silver Medal Sultan Abu Bakar 1805
  • 2007 Proof Agong Sultan Mizan 2 in 1 no Siri: 213
  • Duit Syiling Perak Pruf 1976 Third Malaysia Plan
  • 2003 OIC Proof 2 in 1 no siri: 0458
  • 2 keping wang kertas 100 pesos (no siri: UX123456, UC654321)
  • sekeping wang kertas 20 pesos no siri: MR000001
  • 10 dollars Malaya 1953 no siri: A78-844747
  • 1 dollar malaya 1959 no siri B73-679771
  • 1 dollar Malaya 1941 no siri: F75-090764
  • 2 keping RM100 3rd series (no siri: A23-457991, A11-437271)
  • Duit error RM1 (no siri: K13-515200, DS9960642, PV--58005, L89-996223, G10-236166)
  • RM10 3rd series error (no. siri: D97-306645)
  • Wang error RM10 (no siri: QC9200158, CA1167720)

Jika anda ada menemui item tersebut di atas dijual dimana-mana atau anda ada telah terbeli item tersebut, sila segera laporkan kepada balai polis yang terdekat.

Saya juga memohon bantuan rakan-rakan untuk kongsikan post ini dengan rakan-rakan di Media Sosial supaya lebih ramai rakan-rakan collector yang sedar ada koleksi rakan yang telah dicuri dan mungkin dijual pada harga murah oleh penjual yang mungkin tidak menyedari yang barang tersebut adalah barang curi. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu.