Selasa, 3 April 2018

1 sen 1988 Bunga Raya di CAA Auction 11

Sekeping Duit syiling 1 sen 1988 Bunga Raya akan dilelong di Singapura didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) ke-11 pada 21 April 2018 di Hotel Landmark Village, Singapura. Untuk makluman semua, syiling edaran untuk siri bunga raya hanya bermula pada tahun 1989.

1 sen 1988

Duit syiling 1 sen 1988 Bunga Raya (Lot 0352) mendapat gred MS 64 RB dari Numismatic Guaranty Corporation (NGC), ianya dilelong bermula pada harga SGD2,400 (RM7,095).

Kepada bukan collector yang sibuk nak menjual syiling 20 sen 1988, boleh baca maklumat mengenai syiling bunga raya 1988 yang tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk edaran didalam artikel kami sebelum ini; Syiling 50 sen 1988 Bunga Raya.

Jika anda baca artikel kami sebelum ini, syiling 1 sen 1988 Bunga Raya ini tidak ada dipamerkan di Muzium BNM tersebut.

Kijang Emas

Selain itu, syiling kesultanan melayu lama juga adalah antara lelongan utama yang senantiasa mendapat tempat dikalangan pengikut acara lelongan Collectibles Auction Asia. Syiling Kijang Emas Patani-Kelantan (Lot 0182) dengan Kijang memandang ke kiri serta ekor tegak ke atas akan dijual bermula pada harga SGD1,000 (RM2,956).

Syiling Mas

Syiling Mas Kesultanan Johor (Lot 0186) antara syiling rare bagi koleksi syiling kesultanan melayu lama akan dijual bermula pada harga SGD3,000 (RM8,869). Syiling berbentuk bulat dengan tulisan Sultan Abdullah Shah disebelah depan serta tulisan Khalifatul Muminin di bahagian belakang adalah syiling era Sultan Abdullah Shah (1615-1623), Sultan Johor ke-6.

50 cents 1893

Duit Syiling Straits Settlements 50 cents 1893 (Lot 0316) dengan gred AVF dilelong bermula pada harga SGD1,300 (RM3,843). Duit syiling untuk tahun tersebut adalah duit syiling 50 cents antara yang paling sedikit dikeluarkan untuk tahun 1893 dengan hanya 24,000 keping dikeluarkan. Anda boleh merujuk mengenai duit syiling rare Straits Settlements didalam artikel kami; Rare Straits Settlements Coins.

Anda sudah boleh melakukan bidaan secara online di www.liveauctioneers.com, premium pembeli untuk bidaan internet adalah 20% daripada harga bidaan yang berjaya.