Berita mengenai wang kertas RM600 sebagai Wang Kertas Terbesar di Dunia sedikit sebanyak telah menyemarakkan suasana numismatik Malaysia. Sehingga ke hari ini, perdebatan mengenai harga semasa wang tersebut yang naik dengan pantas menjadi perbualan dikalangan para pengumpul dan juga pelabur duit lama.
Semasa kami menulis artikel Kenapa perlu beli Wang RM600 pada harga RM1700, ada ramai yang mencemuh, jumlah 6,000 keping tersebut terlalu tinggi. Sudah pasti ramai yang tidak mampu membelinya dan ianya tidak akan menjadi hot item didalam masa terdekat.
Betul, wang kertas RM600 yang dijual pada harga RM1,700 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Ada rakan-rakan yang bernasib baik, dapat wang kertas tersebut ketika undian kali kedua diumumkan.
Namun, harganya terus naik sebaik sahaja berita mengenai rekod Wang Kertas Terbesar Dunia Guinness diumumkan oleh blog ini.
Semasa artikel ini ditulis, amat sukar menemui mereka yang ingin menjual pada harga dibawah RM4,000 sekeping. Ada juga yang mahu menunggu sampai manakah harga tertinggi akan sampai untuk wang kertas tersebut.
Kebanyakkan mereka yang menghantar wang kertas RM600 untuk digred oleh Paper Money Grading (PMG), syarikat penggredan wang kertas antarabangsa sudah pun mendapat semula wang kertas mereka. Tidak ramai yang mendapat 70 EPQ (mata tertinggi untuk gred koleksi wang kertas oleh PMG), sudah pasti harga untuk mata tertinggi adalah lebih tinggi dari wang kertas yang lain.
Pada waktu ini ramai yang bertanya kepada diri sendiri, kenapa tidak beli Wang RM600 pada harga RM1700?
Ada juga yang berkata Malaysiancoin.com sengaja bermain spekulasi mengenai harga wang kertas RM600.
Namun, apa faedahnya kepada kami? Kami bukan penjual duit lama dan bukan juga pelabur duit lama.
Kami hanya collector numismatik, kami tidak dibayar gaji untuk menulis mengenai Wang RM600 dan apa yang kami kongsikan didalam blog ini juga adalah pendapat daripada rakan-rakan numismatik.
Didalam dunia numismatik Malaysia dikala ini, sukar untuk menemui mereka yang mengumpul kerana kebanyakkannya adalah penjual.
Bagi pengumpul seperti kami, apa yang penting item numismatik tersebut ada didalam koleksi numismatik kami, selagi tak dapat selagi itu hidup jadi tak keruan.
Harga yang tinggi adalah suatu bonus tetapi koleksi yang ada kalau boleh disimpan sampai bila-bila kerana suatu hari nanti memang harga koleksi itu tidak akan dapat dicapai kerana harganya yang tinggi.
PS: Jangan cerita isu rekabentuk, seburuk mana pun rekabentuk koleksi numismatik Malaysia, collector akan beli juga. ðŸ˜