Sabtu, 4 Julai 2015

Semua syiling 1971 bernilai tinggi?

Kenapa kat mudah, saya lihat orang boleh saja jual syiling 1971 ni pada harga RM4,000 sekeping, dekat blog Malaysiancoin.com ni, harga $1 1971 cuma RM8 (harga semasa artikel ini ditulis). Agak-agak la nak tipu orang, jauh beza tu, RM8 dengan RM4000.

duit 1971

Kejap.., saya nak gelak dulu. Hahahahaha....

Inilah akibat daripada malas membaca, tahu nak untung gila-gila sahaja. Saya dah lama bagi nasihat mengenai hal ini didalam artikel; Jangan jadikan Mudah.my sebagai panduan harga. Bacalah sendiri, saya pun malas juga nak terang semula. Jika anda seperti saya, menerima soalan yang sama hampir setiap hari, anda pasti akan faham.

Bukan semua syiling 1971 itu bernilai tinggi.

Bukan semua syiling 1971 itu adalah "RARE".

Anda jarang lihat bukan bermakna ianya berharga mahal.

Pada saya ada lebih daripada 50 keping 1 Ringgit 1971. Jika betul sekeping tu boleh jual pada harga RM4000, macam tu saya dah ada simpanan RM200,000. Jika betul, buat apa saya nak tipu? Bukan ke ini akan menjejaskan simpanan saya tu?

Belajarlah ilmu numismatik supaya anda lebih memahami bagaimana syiling Malaysia boleh mendapat harga yang tinggi.

Jika anda nak ikut harga di Mudah.my tu, tiada siapa pun yang larang, tak salah pun. Cuma ada ke orang nak beli pada harga macam tu?

Syiling 1 Ringgit 1971 tu ada banyak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, 2,378,995 keping.

Fikirlah guna logik akal, kalau dah banyak macam tu, apa sebab ianya boleh berharga mahal sampai jadi RM4000 sekeping?

Nak kata syiling 1 Ringgit dikeluarkan oleh London Mint, ingat harganya boleh ke cecah sampai macam tu?

Syiling tahun 1971 yang dicari oleh kebanyakan collector hanyalah syiling 10 sen 1971. Kenapa?

Silalah baca artikel yang saya dah kongsikan sebelum ini, tambah ilmu tu sikit. Ilmu tak datang kalau tak cari.

Buat carian (search) dalam blog ni, banyak artikel saya yang bercerita mengenai syiling ni.

Bukan semua syiling 1971 bernilai tinggi.