Ahad, 17 Mei 2015

Gambar Syiling Pattern Malaysia 1966

Ada rakan-rakan yang mahu saya kongsikan gambar set syiling pattern Malaysia 1966 kerana mereka tidak pernah melihatnya lagi. Untuk pengetahuan anda semua, rekabentuk syiling ini dihasilkan untuk Pertandingan Mereka Syiling Kebangsaan 1966 yang di anjurkan oleh Arts Council of Malaysia bagi Pihak Bank Negara Malaysia.

Pertandingan itu di adakan untuk mencari rekabentuk yang akan digunakan untuk syiling pertama Malaysia pada tahun 1967. Namun, ianya tidak mendapat persetujuan daripada Perdana menteri pada ketika itu. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah syiling ini, anda boleh membaca artikel sebelum ini; Sejarah Syiling Malaysia 1966 yang tidak dikeluarkan.

Set syiling ini akan dilelong dalam auction CAA 6/2015 di Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2015.

Mengikut laporan sejarah sebelum ini, 3 orang pemenang dipilih daripada 44 orang artis tempatan seluruh Malaysia.

En. Chong Yum Fatt yang berasal dari Jesselton (Kota Kinabalu) di tempat pertama dengan memenangi $3,000. Tempat kedua yang membawa pulang $2,000 dimenangi oleh seorang guru agama berumur 19 tahun dari Kota Bharu, Kelantan, En. Mohamed Abu Bakar. Tempat ketiga berjumlah $1,000 dimenangi oleh En. Tushar K. Paul daripada Melaka.

En. Chong memenangi pertandingan tersebut dengan rekabentuk Tengiling (Anteater), Monyet Brunei (Brunei Monkey), Tapir, Ayam Hutan (Jungle Fowl) dan Kijang (Barking Deer).

Gambar Lengkap Syiling Pattern Malaysia 1966:

kijang coin

Pangolin

syiling Kijang

Kijang With Mountains

Great Argusd Pheasant

Cattle Egret

Probocis Monkey

10 sen Double Hibiscus


10 sen Single Hibiscus


Malayan Tapir


Syiling yang dilelong di Singapura ini hanya ada lebih kurang 4 set sahaja diseluruh dunia. Ada kemungkinan Maybank masih menyimpan satu set syiling ini untuk muzium mereka.

Setakat ini, tidak banyak maklumat yang saya perolehi mengenai syiling-syiling ini.

Saya pasti ada banyak lagi cerita menarik mengenai syiling ini yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan semua. 

Adakah anda bersetuju, jika rekabentuk syiling ini digunakan untuk Siri pertama syiling Malaysia berbanding dengan Syiling rekabentuk Parlimen?