Isnin, 3 Februari 2014

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke-20 WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia)

Pada 15 Disember 1992, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Syiling Peringatan Ulang Tahun ke-20 WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia). 3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) telah dikeluarkan menggunakan logam emas, perak sterling dan tembaga-zink-timah. Syiling emas dan perak sterling dikeluarkan dalam bentuk peruf sementara tembaga-zink-timah dalam dua bentuk iaitu kilatan istimewa (brilliant uncirculated) dan peruf.

Syiling WWF

Corak-corak abstrak membentuk bayangan haiwan terancam digunakan untuk rekabentuk pada bahagian hadapan syiling peringatan ini. Bahagian hadapan duit syiling emas, corak abstrak menggambarkan harimau dahan. Duit syiling perak, corak abstrak menggambarkan ikan sementara corak abstrak menggambarkan burung botak upeh pada syiling tembaga-zink-timah. Di bawah corak abstrak ini tertera tahun "1972-1992" di setiap duit syiling tersebut. Kesemua corak abstrak ini direka oleh Maria Sia; Pereka syiling ulang tahun ke-20 WWF.

Rekabentuk belakang untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan tanda dagangan serta logo organisasi iaitu “WWF” dan beruang Panda. Perkataan “Bank Negara Malaysia”, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling semantara denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.


Syiling Peringatan RM5 Ulang Tahun ke-20 WWF
RM5 wwf

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Kualiti: kilatan istimewa (brilliant uncirculated)
Kandungan Logam: Tembaga-Zink-Timah
Berat: 10.40g
Diameter: 26.00mm
Tempaan: 100,000 keping.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM5
Harga Jualan: RM5
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Harga duit syiling 5 Ringgit)


Syiling Peringatan RM25 Perak Peruf Ulang Tahun ke-20 WWF
25 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Kualiti: perak pruf
Kandungan Logam: 92.5 perak
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.7 mm
Tempaan: 50,000 keping.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: RM45
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling Peringatan RM250 Emas Peruf Ulang Tahun ke-20 WWF
250 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Kualiti: Emas Peruf
Kandungan Logam: 0.900 Emas
Berat: 8.60 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 3,000 keping.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM250
Harga Jualan: RM350
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling Copper Zinc, perak dan emas pruf
Tempaan: 3,000 set.
Harga Jualan: RM400
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.