Wednesday, September 28, 2016

Pereka syiling ulang tahun ke-20 WWF

Pada 15 Disember 1992, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling ulang tahun ke-20 WWF, dimana corak abstrak di bahagian hadapannya direka oleh Maria Sia. Corak-corak abstrak tersebut berbentuk bayangan haiwan terancam; harimau dahan, burung botak upeh dan ikan.

WWF Malaysia

3 jenis duit syiling peringatan yang sah diperlakukan itu telah dikeluarkan menggunakan logam emas (denominasi $250), perak sterling (denominasi $25) dan tembaga-zink-timah (denominasi $5).

Mengikut maklumat yang kami temui daripada akhbar New Straits Times bertarikh 15 Disember 1992, Set 3 dalam 1 syiling ini dijual pada harga $400, Syiling Pruf emas pada harga $350, Syiling Pruf Perak pada harga $45 dan syiling bukan proof $5 pada harga $5 sahaja.

Pada waktu itu juga, syiling ini dijual di Bank Negara dan di cawangan Bank Bumiputra Malaysia, Malayan Banking, Public Bank dan United Malayan Banking yang terpilih pada 16 Disember 1992. Bank Negara juga mendermakan sebahagian daripada hasil jualan syiling tersebut kepada WWF Malaysia dan juga Malaysian Wildlife Conservation Fund.

Rekaan duit syiling ulang tahun ke-20 WWF adalah antara yang paling menarik didalam sejarah syiling peringatan Malaysia. Apa yang menarik, abstrak untuk ikan turut dimasukkan, tidak ada maklumat ikan apakah yang dimaksudkan didalam corak tersebut? Adakah pada ketika ini, ikan tersebut telah pun pupus?

Maria Sia

Tidak ada maklumat lain yang kami terima dan temui mengenai Puan Maria Sia selain daripada keratan akhbar di New Straits Times bertarikh 15 Disember 1992 ini yang menyatakan beliau adalah pereka corak abstrak pada duit syiling WWF ini.

Jika anda ada maklumat mengenai beliau, mohon maklumkan kepada kami. Adakah beliau pereka duit syiling di Bank Negara Malaysia pada waktu itu?