Jumaat, 1 Mei 2020

Syiling 20 Sen Bunga Raya

Maklumat mengenai duit syiling 20 sen Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema.

Tahun syiling 20 sen yang dicari
20 sen 1994

20 sen

Pada bahagian belakang nilai denominasi 20 SEN di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

20 sen

Pada bahagian hadapannya tertera ukiran Tepak sirih menjadi rekabentuk utama.

Tepak sirih yang diukir cantik digunakan untuk menyimpan daun sirih serta rencah-rencahnya. Ia biasanya digunakan di upacara tertentu dan merupakan satu adat menyambut tetamu di kalangan orang Melayu.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.59 mm.
Berat: 5.66 gm.
Ketebalan: 1.75 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

SENARAI DUIT SYILING 20 SEN BUNGA RAYA:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1989 28,945,225
1990 56,249,193
1991 82,773,787
1992 48,975,366
199355,752,790
1994 2,680,339
1997 78,479,804
1998 1,161,791,361
2000 63,908,000
2001278,802,000
2002 131,279,881
2004 96,840,000
2005 209,700,000
2006 155,880,000
2007212,897,236
2008197,640,000
2009 250,369,234
2010 TIADA DATA
2011 TIADA DATA


Tahun tiada keluaran:
1995, 1996, 1999, 2003.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel;Nilai duit syiling 20 sen mengikut tahun