Friday, October 7, 2011

Sejarah Duit Syiling Malaysia

Sejarah Duit Syiling Malaysia bermula apabila Malaya mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak kemudiannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Bank Negara Malaysia telah diberi kuasa untuk mengeluarkan mata wang Malaysia sejak 1958. Kuasa ini telah diberikan di bawah Ordinan Bank Negara Melayu Tanah 1958. Namun, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo masih terus mengeluarkan mata wang sehingga 12 Jun 1967. Pada 16 Januari 1969, mata wang Malaya lama telah diberhentikan edarannya. Sebelum itu, ia telah diedarkan bersama-sama dengan mata wang Malaysia 1 sejak Jun 1967.

syiling
Siri pertama duit syiling Malaysia hanya mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan diikuti oleh pengenalan duit syiling 1 ringgit (yang terus menggunakan simbol $ duit syiling terbesar dalam siri ini) pada 1 Mei 1971. Duit syiling siri pertama juga dikenali sebagai "siri Parlimen" kerana gambar parlimen di belakang syiling tersebut. Pada ketika ini, kebanyakan duit syiling siri pertama adalah amat sukar ditemui di dalam edaran. Namun, lama bukan bererti harganya hingga berlipat kali ganda seperti yang anda lihat di dalam iklan mudah.my.

duit lama
Siri kedua duit syiling untuk edaran biasa telah dikeluarkan pada 4 September 1989. Beberapa perubahan dibuat kepada duit syiling ini dengan memasukkan bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya sebagai motif utama di belakang duit syiling. Pada Hadapan duit syiling, BNM telah memilih Keris , Wau, Perhiasan, Congkak, Gasing dan Rebana Ubi. Bank Negara Malaysia (BNM) mengelar Siri kedua ini sebagai "Siri budaya artifak". Namun, peminat/pengumpul duit syiling Malaysia lebih mengenali duit ini sebagai "Siri Bunga Raya". Duit syiling ini diperkenalkan dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit.

50 sen
Siri ketiga duit syiling Malaysia telah di umumkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Duit syiling baru itu hanya akan memulakan edaran/digunakan di Malaysia pada awal 2012. Duit Syiling peringatan dengan pembungkusan khas sebanyak 500,000 set dijual kepada umum pada harga RM10 setiap set di semua cawangan BNM. Duit syiling tersebut adalah rekaan Malaysia sepenuhnya dan dicetak di Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam. Duit syiling ini diperkenalkan dengan nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

duit baru
Pada tahun 2012, walaupun duit syiling baru diedarkan anda masih lagi boleh menggunakan duit syiling siri pertama dan kedua. Kedua-dua siri lama itu masih sah digunakan di Malaysia sehingga BNM mengumumkannya kelak. Namun, saya mencadangkan anda untuk menyimpan duit syiling siri pertama yang anda jumpa bermula dari sekarang (terutama duit syiling tahun 1967-1970). Kesukaran mencarinya akan membuatkan harganya akan meningkat suatu hari nanti.

This Is The Oldest Page