Selasa, 14 April 2020

ATM Bank Si Kijang di Sasana Kijang

Jika anda melawat Galeri Kanak-Kanak, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia di Sasana Kijang anda pasti akan teratrik dengan Mesin ATM Bank Si Kijang yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai pengenalan kepada kanak-kanak cara menggunakan ATM. Mesin ATM ini menyediakan simulasi mengeluarkan wang, pemindahan wang dan membayar bil utiliti.

ATM Sasana Kijang

Mesin ATM ini tidak mengunakan kad bank (kad ATM) yang sebenar, kad yang menyerupai kad ATM tersebut diberi percuma kepada pengunjung. Anda boleh mendapatkannya di kaunter pertanyaan di tingkat bawah Muzium dan Galeri Seni.

Apa yang istimewanya mesin ATM ini kepada kami, ianya mengeluarkan wang kertas si kijang didalam denominasi $10, $20 dan $50.

Bank Si Kijang

Kepada bukan collector, ini mungkin hanya kertas biasa atau wang permainan untuk kanak-kanak. Namun, kepada pengumpulnya, ini adalah koleksi yang amat bernilai. Pihak kami sendiri menunggu hampir 2 tahun untuk mendapatkan koleksi lengkap wang kertas si kijang ini kerana ianya tidak dikeluarkan secara banyak pada setiap hari, terutamanya wang kertas $50.

Kami juga mencadangkan kepada pihak Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan rekabentuk dan corak yang berlainan pada setiap tahun untuk mengalakkan kanak-kanak mengumpul duit lama sebagai koleksi.

Namun, untuk makluman semua, Mesin ATM ini kerap kali tidak berfungsi setiap kali kami membuat lawatan ke sini, hanya tahun lepas kami berpeluang mengunakan kesemua fungsi mesin ini.

Adakah anda pernah melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan mendapatkan Wang Kertas Si Kijang?