Rabu, 7 Ogos 2019

Syiling emas RM10.5 juta dirompak di Kilang Wang

Perompak bersenjata telah mencuri syiling peringatan emas bernilai lebih dari RM10.5 juta daripada peti besi di sebuah Kilang Wang hari ini. Seorang lelaki bersenjata dan seorang lagi rakannya dikatakan menerjah masuk ke kilang wang tersebut sebelum merampas 1,567 syiling emas dari peti besi.

Syiling emas

Kejadian yang berlaku di cawangan Casa de Moneda, Mexico City itu kemungkinan besar melibatkan kakitangan Kilang wang tersebut.

Jurucakap polis Mexico berkata, dua orang lelaki, salah seorang mempunyai senjata api menerjah masuk ke dalam Kilang Wang tersebut dan menolak pengawal keselamatan serta merampas pistol milik pengawal keselamatan tersebut.

Salah seorang perompak itu kemudian pergi ke peti besi yang terbuka dan mengisi beg mereka dengan 1,567 duit syiling emas, kata polis.

Mereka kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal sebelum polis tiba. Tiada sesiapa yang mengalami kecederaan.

centenarios

Duit syiling "centenarios” yang mempunyai nilai muka 50 pesos itu dikatakan dijual pada harga lebih dari RM6,700 sekeping. Jumlah keseluruhan syiling yang dirompak dianggarkan bernilai RM10.5 juta.

Syiling tersebut pertama kali dikeluarkan pada tahun 192 sebagai memperingati ulangtahun kemerdekaan ke-100 Mexico daripada Sepanyol. Pengeluaran syiling diberhentikan pada tahun 1931 tetapi ia kemudiannya di keluarkan semula bermula pada tahun 1943 disebabkan oleh permintaan emas yang tinggi.

Sebelah muka syiling tersebut memaparkan Jata negara Mexico dan muka sebelah syiling memaparkan monumen Angel of Independence dengan gunung berapi Iztaccihuatl dan Popocatepetl.

Syiling tersebut mempunyai ukuran diameter 37 mm (1.46 inci) dan ketulenan emas 0.900 atau 90% purity.

Kejadian rompakan di siang hari itu adalah sebahagian daripada jenayah berprofil tinggi yang berlaku di bandaraya tersebut.

Tahun lepas, Kilang Wang yang sama dirompak ketika kerja-kerja pengubahsuaian Kilang Wang sedang dijalankan.