Isnin, 1 Oktober 2018

Trigometric Auction 8 pada 14 Okt ini di Hotel Hilton PJ

Sebanyak 1055 lot koleksi numismatik, philately, poskad, medal dan dokumen lama akan dilelong didalam acara lelongan Trigometric kali ke-8 yang akan di adakan pada 14 Oktober 2018 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Jika hendak dibandingkan untuk Trigometric Auction 7, hanya 951 lot koleksi dilelong.

Trigometric Auction

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, 283 lot adalah koleksi duit syiling, kebanyakkannya adalah duit syiling Malaysia.

Untuk acara lelongan kali ini, antara lot duit syiling yang menjadi tarikan adalah (Lot 8283) Set 3 dalam 1 Duit Syiling Peringatan Jubli Intan (75 tahun) TLDM yang kesemuanya mendapat gred PF70 Ultra Cameo daripada Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Set syiling pruf tersebut mempunyai Syiling 1 Ringgit Copper Nickel, 10 Ringgit Perak (.925 Silver) dan 100 Ringgit emas (999.9 Gold).

75 tahun TLDM

Set tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 150 set oleh Bank Negara Malaysia dan ianya dilelong bersama-sama dengan sijil ketulenan dan kotaknya yang asli. Mengikut laporan populasi NGC, hanya ada 3 keping Duit Syiling Peringatan Jubli Intan (75 tahun) TLDM Perak RM10 & Emas RM100 yang mendapat gred PF70 Ultra Cameo. Set duit syiling tersebut dilelong bermula pada harga RM7,000 dan dijangka akan mencecah sehingga harga RM12,000.

LIMA 2003

Selain itu, set 2 dalam 1 syiling peringatan Pameran Maritim dan Udara Langkawi 2003 (LIMA 03) adalah antara syiling yang mencuri tumpuan kali ini. Set syiling pruf tersebut (lot 8251) mempunyai Syiling 1 Ringgit Copper Nickel dan 10 Ringgit Perak (.925 Silver). Harga lelongan akan bermula pada RM1,800 dan dijangka boleh terjual pada harga RM2,500.

Asean ke-11

Set 3 dalam 1 duit syiling peringatan Sidang Kemuncak Asean ke-11 (Lot 8280) akan dilelong bermula pada harga RM4,500. Syiling itu hanya dikeluarkan sebanyak 150 set oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2005. Set syiling pruf tersebut mempunyai Syiling 1 Ringgit Copper Nickel, 10 Ringgit Perak (.925 Silver) dan 100 Ringgit emas (999.9 Gold).

50 Sen 3 Spines

Selain duit syiling Malaysia, terdapat juga duit syiling luar negara yang menjadi tumpuan acara lelongan kali ini. Syiling lama Jepun, 50 Sen 3 Spines tahun 1871 (lot 8065) dilelong bermula pada harga RM2,400. Syiling tersebut mendapat gred MS64 dari Professional Coin Grading Service (PCGS).

olimpik 1980

Selain itu, set syiling olimpik 1980 China (lot 8092) juga adalah antara syiling yang mencuri tumpuan didalam acara lelongan Trigometric kali ke-8. Set 4 duit syiling tersebut di gred oleh NGC; Memanah & Wrestling PF 65, Equestrian PF 68, Bolasepak PF 67. Ianya dilelong bermula pada harga RM600.

Premium pembeli dikenakan pada kadar 15% daripada harga lelongan untuk pembelian di Dewan lelongan dan premium 20% dikenakan untuk mereka yang berjaya membeli secara online.

Untuk acara lelongan Trigometric Auction 8 ini, lelongan sudah mula diadakan secara online di website www.liveauctioneers.com.