Jumaat, 28 Julai 2017

Syiling 100 tahun Industri Kelapa Sawit dilancar

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 telah dilancarkan semalam oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Duit syiling tersebut akan mula dijual diseluruh negara pada 9 Ogos 2017.

palm oil coin

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan logo rasmi sambutan Ulang Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia ke-100 yang melambangkan kemajuan industri minyak sawit di Malaysia dipaparkan di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "MINYAK SAWIT MALAYSIA, KEBANGGAAN DAN PENCAPAIAN KITA" tertera pada sekeliling duit syiling.

kelapa sawit

Bahagian belakang duit syiling memaparkan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan ilustrasi imej pokok sawit, yang melambangkan pertumbuhan dan perkembangan industri minyak sawit ke arah pencapaian cemerlang bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-100.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 100 tahun Industri Kelapa Sawit Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 700
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 100 tahun Industri Kelapa Sawit Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 13,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 1,300 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)

Malaysia adalah antara negara yang terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Sektor minyak sawit telah memberikan sumbangan yang besar kepada perolehan eksport negara secara kumulatif melalui eksport komoditi dan pelbagai produk nilai tambah kepada pasaran dunia. Sektor ini juga telah mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta meningkatkan kebajikan dan taraf hidup sebahagian besar masyarakat luar bandar di seluruh negara.

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin, 31 Julai 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan di pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Jualan duit syiling ini akan bermula pada Rabu, 9 Ogos 2017 di lokasi yang sama.